Bubar DUN Melaka langgar etika, belakangkan kepentingan rakyat


Pengerusi KEADILAN Melaka, Datuk Halim Bachik menyifatkan tindakan Speaker Melaka, Datuk Seri Abdul Rauf Yusoh membubarkan Dewan Undangan Negeri Melaka melanggar etika berpolitik.


Beliau menganggap, Rauf sebagai ahli politik telah membelakangkan kepentingan rakyat dalam tempoh pandemik ketika ini.


"Tindakan yang gopoh dan tergesa-gesa ini sudahpasti akan memberi kesan yang buruk dan demi survival politik, kepentingan rakyat telah diketepikan," katanya dalam kenyataan.


Walaubagaimanapun, beliau berkata, KEADILAN sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan sejak rampasan kuasa pasca Pilihan Raya Umum Ke-14.


"Selaku Pengerusi KEADILAN Negeri Melaka, kami akan bersama-sama sahabat dari gabungan Pakatan Harapan untuk terus memastikan demokrasi didalam negeri ini hidup dan tidak dieksploitasi oleh mana-mana pihak," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER