Buat PRN tidak galak rakyat mengundi, hakis keyakinan terhadap politik



Sikap Kerajaan BN sejak Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang seolah olah sengaja mengadakan pilihan raya tetapi tidak menggalakkan rakyat keluar mengundi telah menghilangkan keyakinan umum terhadap politik negara.


Menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pontian, Aziz Shari, dengan adanya Jelajah Johor Bangkit ini diharapkan minat rakyat untuk menganbil bahagian dalam pilihan raya kembali segar sebagaimana pada Pilihan Raya Umum lalu.


"Sebenarnya matlamat kita untuk ajak keluar mengundi. Kita nak kembalikan kepercayaan terhadap politik.


"Kalau kita buat pilihan raya tetapi orang yang berhak mengundi tidak keluar, ini hanya menambahkan lagi ketidakpercayaan rakyat terhadap politik, terutama kepada orang seperti kami.


"Siapa lagi kalau bukan kita AMK yang menggerakkan agenda demokrasi ini. Dalam sistem ini semua orang ada hak untuk mengundi tetapi kalau dibuat dengan terselit agenda supaya orang tidak keluar mengundi ini menimbulkan masalah," katanya.


Selain itu, beliau berkata, mesej jelajah akan disampaikan kepada pengundi bahawa anak muda yang dicalonkan oleh AMK adalah yang terbaik dan berwibawa untuk diangkat sebagai wakil rakyat dengan imej bersih.


"Sebab itu kita beri mesej calon kita adalah anak muda yang berintegriti, yang menggerakkan demokrasi pilihan raya dan akan mewujudkan kerajaan yang adil serta bersih.


"Beza kita daripada calon dari Umno BN ialah mereka tetap mahu kekalkan muka lama (yang terpalit pelbagai masalah). Mereka hanya semata mata mahu kekalkan kuasa dan memperalatkan demokrasi dan PRN," katanya lagi.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER