top of page

Buat PRN habis RM94 juta, elok beri bantuan mangsa banjir - Omar Mokhtar



Calon KEADILAN DUN Johor Lama, Omar Mokhtar A Manap hari ini mengecam tindak tanduk pemimpin BN yang berkata kerajaan Johor tidak stabil sehingga DUN perlu dibubarkan.


Menurut beliau, bajet untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor mencecah RM94 juta seharusnya digunakan untuk membantu mangsa banjir di Batu Pahat dan Segamat yang bersusah payah memulakan kembali kehidupan.


"Baru baru ini waktu banjir di Batu Pahat, Segamat teruk. Saya pergi ke Buloh Kasap, rumah dua tingkat tenggelam. Tetapi di mana duit yang sepatutnya disalurkan membantu rakyat. RM94 juta dilaburkan untuk adakan pilihan raya DUN dalam keadaan kita di peringkat pusat menandatangani memorandum kerjasama (MoU).


"Sebab apa kita tandatangan, kerana kita tak nak terlibat pergaduhan Bersatu dan Umno. Sebab kita nak jaga rakyat.


"Pengundi perlu berikan isyarat jelas kepada BN - PN, jangan mudah mudah memperbodohkan rakyat. Kita jangan terperangkap dengan mainan politik jijik (buat PRN) BN dan PN ini," katanya dalam program 'Sembang Santai: Anda Tanya Kami Jawab' di

Felda Bukit Batu, pagi tadi.


Selain itu kepada pengundi 18 tahun, Omar juga menyeru agar mereka mengundi pemimpin yang bijaksana dan bukan ahli politik BN - PN yang semenangnya tidak mahu Undi 18 dibenar mengundi sebelum Pilihan Raya Umum ke 15


"Ini kali pertama PRN diadakan Undi 18 sebagai kayu ukur. Sewaktu diluluskan 2019 dalam Parlimen dijangka Undi 18 akan dilaksakan 2021. Tetapi Mahiaddin gelabah, dia kata Undi 18 tidak boleh dilaksanakan, banyak masalah dan paling awal pada 2022.


"Sebab apa buat sekarang? Kerana PH kata suara orang muda perlu didengari. Jasa PH (melalui MoU) ialah Undi 18, PH lah yang memaksa maka kerajaan dengar suara orang muda.


"Oleh itu kita minta orang Johor jangan bermain persepsi, fikir sejenak. Ingat balik cukup kah duit nak bayar kereta, kos sara hidup, pendidian anak anak. Semua itu difikir sebelum membuat keputusan," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page