top of page

Buat keputusan atas fakta dan sains, bukan setakat hujah air suam


Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil menempelak tindakan Menteri Kesihatan, Adham Baba yang memendekkan tempoh kuarantin dari 10 hari kepada tiga hari khas untuk menteri-menteri yang pulang dari luar negara.


Beliau berkata, tempoh tiga hari itu terlalu singkat dan bahaya untuk mengenal pasti seseorang individu dijangkiti Covid-19 atau tidak.


"Tempoh inkubasi Covid 1-14 hari. Kalau kuarantin 3 hari, kemudian pada hari ke-5 atau selepas itu bergejala atau dia asymptomatic, habis!


"Cuba bayangkan kalau Covid-19 yang dibawa itu jenis yang cepat merebak seperti jenis Afrika Selatan atau UK... nauzubillah," katanya.


Pada masa sama, Fahmi menganggap bahawa Adham selaku Menteri Kesihatan sepatutnya mengikut saranan daripada pakar kesihatan berdasarkan fakta dan sains.


"Menteri, tolonglah buat keputusan berasaskan fakta & bukti sains. Jangan setakat hujah air suam.


"Yang paling susah nak terima ialah alasan kenapa dibuat kuarantin 3 hari ni untuk menteri: "Kita buat pada menteri dulu sebab menteri senang buat perintah sebelum kita buka kepada orang lain," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page