Jemaah Menteri dan penjawat awam diingatkan agar tidak mengamalkan budaya selesa sebaliknya perlu memperkuat tekad melaksana perubahan untuk masa depan bangsa dan negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dalam apa-apa juga sistem keinginan dan hasrat membawa perubahan perlu ada bagi memastikan sasaran ditetapkan dapat dicapai.
"Sudah mantap sistem yang bergerak puluhan tahun...bila kita letak tokoh baharu…harus ada hasrat bawa perubahan…tidak harus kita benar ada budaya selesa iaitu culture of contentment yang menggigit kita," katanya.
Ingatan itu dilontar Perdana Menteri ketika memberi ucapan dalam perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi bulan Januari 2023 di di Putrajaya hari ini.
Sementara itu, mengenai kemasukan pekerja asing pula Anwar menjelaskan hal itu perlu dilakukan untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara.
"Baru-baru ini kita gesa satu tindakan lebih agresif bukan untuk ambil tindakan tetapi melepaskan masalah pekerja kerana pekerja asing dalam industri perladangan, pembuatan dan bidang-bidang tertentu sangat kurang.
"Ia menjejaskan kadar pertumbuhan negara kita, jadi saya lihat Jabatan Imigresen sambut baik dan apa jua tindakan harus ada transparensi ," katanya lagi.
Comments