top of page

'Buah tangan' manis PMX dari Jepun penutup tirai 2023

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Dec 20, 2023
  • 2 min read


Oleh: Noraini Nordin


ANALISIS: Jepun adalah negara terakhir yang dilawati Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kapasitinya sebagai Perdana Menteri bagi tahun 2023.


Beliau berada di negara matahari terbit itu ialah bagi menyertai Dialog ASEAN - Jepun yang diadakan di Tokyo.


Dalam lawatan ke Jepun selama lima hari itu, selain menghadiri aturcara rasmi Dialog ASEAN - Jepun, Anwar juga mempunyai pelbagai acara lain, termasuk beramah mesra dengan rakyat Malaysia yang tinggal di sana serta bertemu dengan pelabur serta syarikat-syarikat utama.


Dalam konteks ekonomi, lawatan Anwar ke Jepun ini telah berjaya membawa beliau bertemu dengan tiga syarikat utama - ROHM WAKO Ltd, NEC Co Ltd dan Mitsui &Co.

Susulan pertemuan itu, beliau mengumumkan potensi pelaburan bernilai RM6.56 bilion bakal memasuki Malaysia dalam jangka waktu terdekat ini.


Pelaburan ini umpama 'buah tangan' paling manis dari Jepun sebelum tirai 2023 dilabuhkan.


Anwar 'salesman' terbaik tarik pelabur


Dengan angka terbaru itu, ia menjadikan jumlah pelaburan dari Jepun sejak 2013 adalah berjumlah hampir RM30 bilion.


DS Anwar bertemu pemimpin negara ASEAN dalam perbincangan serantau

Dalam hal ini, amat benar seperti kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz tidak lama sebelum ini yang menyebut Anwar adalah 'salesman terbaik' untuk negara.


Ke negara mana sahaja beliau pergi dan bertemu dengan pemimpin-pemimpin syarikat besar, hasilnya tidak lain ialah kesediaan syarikat-syarikat berkenaan melabur atau menambah pelaburan mereka.


Akhirnya, dengan kemasukan lebih banyak pelaburan itu, kita sebagai rakyatlah yang akan mendapat manfaatnya.


Hubungan pelbagai hala bertambah baik


Selain itu, sudah tentu dalam lawatan ke Jepun bersama pemimpin-pemimpin negara ASEAN yang lain, hubungan Malaysia dalam pelbagai bidang dengan negara tersebut akan bertambah baik.


Berjaya memasarkan Malaysia sebagai destinasi pelaburan terbaik kepada konglomerat Jepun

Ini sekaligus memberi banyak tambah nilai dari segi ekonomi, hubungan sosial dan kedatangan pelancong.


Apa yang lebih menggembirakan, sempena lawatan ke Jepun ini diumumkan bahawa Dasar Pandang Ke Timur yang selama ini hanya meliputi Jepun dan Korea Selatan akan diperluaskan lagi dengan merangkumi sana negara China.


Melalui pengumuman Anwar itu, ini sebenarnya memberi makna yang sangat besar daripada sudut ekonomi kerana skop Dasar Pandang Ke Timur menjadi bertambah besar.


Ia dengan sendirinya menjadikan lebih banyak hubungan kerjasama ekonomi boleh dilakukan atau dikembang luaskan selepas ini antara Malaysia dan tiga negara kuasa ekonomi Asia itu melalui semangat Dasar Pandang Ke Timur.


__________________________________________________________________________________

Penulis juga adalah Pengarah Komunikasi Wanita KEADILAN Pusat merangkap Pemangku Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat


* Kredit foto: Sadiq Asyraf/PMO

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page