BRICS perlu muncul sebagai kuasa ekonomi baharu - Anwar


Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu BRICS muncul sebagai kuasa ekonomi baharu yang mampu memperluas pilihan negara membangun dengan tidak sekadar memiliki pengaruh geopolitik di pentas dunia.
Perdana Menteri berkata kekuatan BRICS perlu diterjemahkan kepada tindakan konkrit menerusi kepelbagaian perdagangan, penggunaan mata wang tempatan, pembiayaan pembangunan yang mampan serta kerjasama teknologi bagi mengurangkan kebergantungan terhadap pasaran tradisional Barat.
“BRICS boleh memperluas pilihan kita dan memperkukuh keupayaan untuk membentuk dunia di sekeliling kita tetapi pengaruh bukanlah matlamat pada dirinya sendiri.
“Pengaruh hanya penting jika kita bersedia menggunakannya untuk berkhidmat kepada prinsip yang kita perjuangkan,” katanya ketika berucap pada Sesi Terbuka Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS ke-18 di New Delhi hari ini.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata BRICS mempunyai kelebihan ekonomi dan geopolitik yang besar menerusi pasaran bersepadu yang luas sekali gus membuka peluang penting untuk mempelbagaikan perdagangan dan mengurangkan kebergantungan terhadap pasaran tradisional Barat.
“BRICS menawarkan kelebihan geoekonomi yang amat penting dalam pelbagai cara.
“Ia menjana kekuatan besar daripada pasaran bersepadu yang luas, membuka peluang penting untuk mempelbagaikan perdagangan dan lebih penting lagi membolehkan ekonomi anggota mengurangkan kebergantungan berlebihan terhadap pasaran tradisional Barat,” katanya.
Menurut beliau, kekuatan ekonomi berkenaan perlu diterjemahkan kepada manfaat sebenar menerusi sinergi antara negara anggota bagi merangsang pertumbuhan ekonomi dan mewujudkan kemakmuran bersama.
“Pada akhirnya, sinergi yang diwujudkan, dimanfaatkan dan digunakan secara optimum akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran bersama untuk generasi akan datang,” katanya.
Beliau berkata keperluan memperkukuh peranan ekonomi BRICS semakin penting ketika dunia berdepan percanggahan besar apabila kemajuan teknologi berkembang dengan pantas namun peningkatan ekonomi bagi sebahagian besar negara membangun masih jauh daripada tercapai.
Anwar berkata lebih sedekad selepas Agenda 2030 diterima pakai, kemajuan pembangunan masih tidak sekata dengan terlalu banyak negara kini berdepan tekanan hutang atau risiko serius ke arah itu.
Menurut beliau, beban hutang semakin membimbangkan apabila terdapat negara yang membelanjakan lebih banyak wang untuk membayar faedah hutang berbanding menyediakan pendidikan dan penjagaan kesihatan kepada rakyat.
“Tiada negara sepatutnya dipaksa memilih antara melunaskan hutang mereka dengan memenuhi tanggungjawab kepada rakyat,” katanya.
Sehubungan itu, Perdana Menteri menegaskan pembiayaan kepada negara membangun perlu disesuaikan dengan keperluan pembangunan tanpa menyebabkan negara berkenaan menanggung hutang yang tidak mampu dikekalkan.
“Memenuhi keperluan asas dan menyediakan barangan awam tidak seharusnya menyebabkan negara menanggung hutang yang tidak mampu mereka kekalkan,” katanya.

Pada masa sama, beliau menggesa BRICS mempercepatkan inisiatif bank pembangunan baharu serta mekanisme penyelesaian perdagangan menggunakan mata wang tempatan bagi mengurangkan kebergantungan terhadap sistem kewangan tradisional.
Beliau turut mengetengahkan potensi pasaran modal Islam sebagai antara sumber pembiayaan alternatif yang boleh diperkasa dalam usaha membantu negara membangun.
Dalam perdagangan, Anwar menggesa negara anggota BRICS mengambil tindakan konkrit bagi membongkar amalan perdagangan tidak adil yang boleh menjejaskan negara membangun.
“Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa kita perlu bertindak bersama melalui tindakan konkrit untuk membongkar amalan perdagangan yang tidak adil,” katanya.
Dalam bidang teknologi pula, beliau berkata negara membangun perlu berkongsi pengalaman dan kepakaran menerusi kerjasama teknikal serta latihan dalam bidang baharu, termasuk semikonduktor dan kecerdasan buatan (AI).
“Kita perlu berkongsi pengalaman pembangunan dengan negara membangun yang lain melalui kerjasama teknikal dan latihan dalam bidang teknologi baharu, termasuk semikonduktor dan kecerdasan buatan,” katanya.
Anwar berkata peralihan hijau pula perlu mengambil kira keadaan dan tahap pembangunan setiap negara dan bukannya menggunakan pendekatan seragam untuk semua.
“Peralihan hijau mesti mencerminkan keadaan nasional yang berbeza. Negara akan bergerak pada kelajuan dan laluan yang berbeza, bergantung kepada keadaan serta tahap pembangunan masing-masing,” katanya.
Beliau turut menggesa pelaburan dalam teknologi seperti pengambilan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) sebagai sebahagian daripada usaha memastikan peralihan tenaga dapat dilaksanakan secara realistik mengikut keperluan setiap negara.
Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran tidak boleh dipisahkan daripada keadaan geopolitik dunia terutama konflik yang memberi kesan kepada harga tenaga dan laluan perdagangan.
“Kita tidak boleh bercakap mengenai pertumbuhan inklusif dan kemakmuran ketika peperangan menyebabkan harga tenaga meningkat dan mengancam laluan laut yang menjadi pergantungan ekonomi kita,” katanya.
Beliau berkata tindakan Israel di Asia Barat kini memberi kesan yang melangkaui pihak yang terbabit secara langsung dalam konflik itu termasuk kepada negara yang tidak mempunyai kaitan dengan peperangan berkenaan.
“Pencerobohan yang dilakukan Israel di Timur Tengah sudah mencapai jauh melampaui pihak yang menjadi protagonis konflik itu.
“Negara yang tidak mempunyai kaitan dengan peperangan ini membayar harganya melalui ketidakamanan, inflasi yang lebih tinggi dan ketidaktentuan ekonomi,” katanya.
Dalam hal ini, Anwar menegaskan pendirian Malaysia bahawa kedaulatan mesti dihormati, orang awam dilindungi dan laluan utama ekonomi dunia tidak boleh dijadikan medan peperangan.
“Pendirian kita jelas. Kedaulatan mesti dihormati, orang awam mesti dilindungi dan arteri ekonomi global mesti dijauhkan daripada medan peperangan,” katanya.
Beliau turut menggesa negara yang mempunyai pengaruh dan keupayaan terbesar memikul tanggungjawab lebih besar bagi menghalang konflik daripada terus meningkat.
“Mereka yang mempunyai keupayaan terbesar perlu membentuk perkembangan keadaan dan memikul tanggungjawab khusus untuk mencegah peningkatan ketegangan selanjutnya,” katanya.
Anwar berkata Malaysia berharap BRICS menyatakan pendirian yang jelas terhadap sebarang bentuk pencerobohan, pendudukan, kolonialisme peneroka serta keganasan peneroka.
“Malaysia berharap BRICS akan menyatakan dengan jelas dan tanpa berbelah bahagi bahawa sebarang bentuk pencerobohan terhadap negara lain, pendudukan, kolonialisme pendatang atau lebih tepat lagi, keganasan pendatang tidak boleh menjadi takdir.
“Tiada nyawa yang lebih rendah nilainya hanya kerana tempat ia dilahirkan atau didiami,” katanya.
Anwar berkata kekuatan BRICS akhirnya perlu diukur berdasarkan sejauh mana ia mampu memperluas pilihan dan autonomi negara anggotanya dan bukannya sekadar meningkatkan pengaruh di pentas antarabangsa.
Beliau berkata Malaysia sebagai negara rakan BRICS bersedia menyumbang kepada usaha memperkukuh kerjasama ekonomi dan autonomi strategik.
“Bagi Malaysia, strategi dan autonomi bermaksud kebebasan untuk memilih haluan kita sendiri dan keberanian untuk berpegang kepada pilihan itu apabila ia benar-benar penting,” katanya.




Trong lúc đọc một số bài trao đổi về các nền tảng giải trí trực tuyến, mình thấy MM99 được nhắc đến khá nhiều nên cũng tò mò vào xem thử. Giao diện trang nhìn khá đơn giản, các danh mục được chia thành từng khu vực riêng, không quá rối mắt. Màu sắc sử dụng vừa phải nên khi lướt qua nhiều phần cũng không thấy bị khó chịu. Mình có thử chuyển qua vài chuyên mục để xem cách hoạt động, tốc độ phản hồi tương đối nhanh và thao tác khá mượt. Tuy nhiên, mình vẫn muốn tham khảo thêm ý kiến từ những người đã sử dụng lâu hơn, nhất là về vấn đề giao dịch và…
MM99 là cái tên mình bắt gặp trong một bài tổng hợp về các nền tảng giải trí đang hướng đến trải nghiệm công nghệ hiện đại. Sau khi đọc phần giới thiệu ngắn, mình mở trang để xem cách họ bố trí nội dung và tạo điểm nhấn cho người truy cập. Giao diện nhìn khá trẻ trung, các danh mục chính dễ nhận biết và khoảng cách giữa những phần thông tin tương đối hợp lý. Mình không đi sâu vào từng tính năng mà chỉ quan sát tổng thể, thử chuyển qua một vài khu vực rồi đóng tab. Cảm nhận ban đầu là nền tảng được trình bày theo phong cách hiện đại, giúp người mới có…
Hôm nọ mình đang lướt đọc mấy bài chia sẻ về các trang giải trí trực tuyến thì thấy MM99 xuất hiện khá nhiều. Thấy mọi người nhắc hoài nên mình cũng bấm vào xem thử trang này có gì. Vào rồi mới thấy giao diện khá đơn giản, các danh mục được chia rõ ràng, nhìn không bị rối mắt. Màu sắc cũng vừa phải, không quá sặc sỡ nên lướt một lúc vẫn thấy dễ chịu. Mình thử bấm qua vài mục thì thấy trang phản hồi khá nhanh, chuyển qua lại cũng không mất nhiều thời gian. Dù vậy, mình vẫn muốn nghe thêm chia sẻ từ những ai đã sử dụng lâu hơn, nhất là về giao…
E39 xuất hiện trong một danh sách website mình vô tình thấy khi đọc tài liệu về trải nghiệm người dùng trên môi trường số. Vì đang có vài phút rảnh, mình mở liên kết để xem cách nền tảng tổ chức nội dung thực tế. Các phần thông tin được phân chia khá hợp lý, không dồn quá nhiều chi tiết vào cùng một khu vực. Mình thử chuyển qua vài danh mục để quan sát cách điều hướng, sau đó đóng tab chứ không dành thời gian khám phá thêm. Ấn tượng ban đầu là giao diện tương đối gọn, các mục chính dễ nhận ra ngay cả khi chỉ xem lướt.
https://e39.help/ mình vào thử thì thấy ổn thật, kiểu giao diện làm gọn gàng nên lướt khá nhẹ mắt. Mình hay ngán mấy trang giải trí sắp chữ dày đặc, nhưng ở đây họ chia nội dung thành từng khối riêng, kéo xuống là hiểu đang nói phần nào. Có đoạn giới thiệu về quá trình phát triển nền tảng hơn mấy năm và cách họ hướng tới trải nghiệm đơn giản, đọc nhanh vẫn bắt được ý chính. Menu đặt ngay chỗ dễ thấy nên chuyển qua lại không bị mất công, và các tiêu đề được nhóm rõ ràng theo từng cụm nội dung trên trang.