top of page

BRICS: Malaysia negara dagang, bina hubungan dengan semua - PM



Cadangan penyertaan Malaysia ke dalam kerjasama ekonomi BRICS adalah bagi mengembangkan hubungan dagang dengan kesatuan ekonomi baharu bagi menambahkan pasaran.


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penyertaan ke dalam BRICS akan membuka kerjasama yang lebih luas dengan negara selatan yang belum sepenuhnya diterokai peluang ekonomi.


"Malaysia ini negara perdagangan, harus membina rangkaian supaya hubungan kita dapat membantu rakyat dan negara dari sudut pelaburan dan perdagangan.


"Selain dari hubungan dan kerjasama yang dilakukan sekarang, ada kebijaksanaan untuk kita membuka ruang baru terutama dalam konteks agenda selatan global yang telah menunjukkan kesediaan untuk bangkit mempertahankan kepentingan kawasan dan tidak terikat dengan satu kekuatan ekonomi


"Sebab itu BRICS umpananya menunjukan kesediaan Brazil, Rusia, India China dan sekarang Afrika Selatan dan beberapa negara baru termasuk UAE untuk bersama


"Beberapa negara ASEAN juga menunjukkan minat dan Malaysia menjurus ke arah sama," katanya menjawab soalan Ahli Parlimen Lee Chuan How (PH-Ipoh Timur) dalam Waktu Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat pagi ini.


Bagaimanapun, tegas Anwar kerjasama BRICS tidak bermakna Malaysia akan meninggalkan pakatan perdagangan sedia ada seperti APEC dan sebagainya yang dipimpin oleh Amerika Syarikat dan Eropah.


"Di samping itu kita memperkuat kerjasama ekonomi APEC yang terus dijaga, kemudian ekonomi komprehensif serantau, Perjanjian CPTPP dan indo fasifik yang akan diteruskan kerana ini memberi jalur baru dan memperkuat jalur sedia ada.


"Beberapa negara termasuk Thailand an Indonesia juga telah menghubungi dan memohon penyertaan dengan OECD (Organisation for Economic Co-operation and Development). Malaysia mengkaji kemungkinan kerjasama dengan negara jiran untuk kembangkan hubugan kita termasuk dagang dan pelaburan. Selain sedia ada dengan Apec umpamanya, juga dengan BRICS dan OECD," katanya.


Menurut PM, Malaysia tidak boleh mengkesampingkan potensi BRICS kerana negara yang menyertai kerjasama itu sekarang mewakili Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dunia yang besar.


"Kita percaya ini akan memberi kekuatan baru kerana KDNK negara anggota BRICS sendiri telah mencecah AS$26.6 trilion


"Iaitu 26.2% KDNK dunia. Kalau kita membuka jalur ini, kita yakin memberi manfaat kepada syarikat dan ekonomi negara," katanya.


Menjawab soalan Ahli Parlimen Dr Halimah Ali (PN-Kapar), sama ada telah berlaku perubahan polisi luar yang besar untuk menyertai BRICS, Anwar berkata hal itu bukan perubahan polisi yang drastik.


"Kita lihat kenyataan ekonomi sekarang di mana kekuatan ekonomi tidak lagi unipolar bergantung kepada satu negara besar, AS tetapi telah muncul beberapa kekuatan baru termasuk China, India dan negara lain.


"Penyertaan dalam BRICS ini tidak menjadi satu permasalahn kerana negara menyertai BRICS ini juga menyertai dan punya hubungan dagang baik dengan AS, Eropah.


"Keadaan sekarang menuntut kita secara tegas menjamin kepentingan perdagangan kita. Mengapa kita harus terikat dengan satu blok? Ada blok baru yang berikan saingan dan kerjasama, kita jalin hubungan kedua, ketiga, keempat. Bila Indonesia dan Thailand memohon OECD kita pun buat yang sama," katanya.

0 comments

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page