top of page

Srikandi, AMK NS anjur Borak Usahawan Bersama Peniaga di Bazar Kuala Pilah



Kerajaan Negeri Sembilan telah memperkenalkan inisiatif Tabung Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) untuk membantu para peniaga kecil di negeri itu.


Bagi mempromosikan skim berkenaan, baru baru ini Srikandi KEADILAN Negeri Sembilan dengan Kerjasama Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Cabang Kuala Pilah, Pusat Khidmat DUN Pilah serta Pejabat Penyelaras DUN Juasseh telah menganjurkan program Borak Usahawan Bersama Peniaga.


Menurut Setiausaha Srikandi KEADILAN Negeri Sembilan, Sofiah Hanim, melalui program tersebut peniaga-peniaga tempatan telah diberi bimbingan dan dibantu oleh pihak penganjur untuk proses permohonan Geran Perniagaan bernilai RM3,000 di bawah skim TUNS.


"Program ini dianjur bagi membantu peniaga kecil dalam proses permohonan geran perniagaan serta membuka ruang yang lebih luas melalui inisiatif TUNS bertujuan menambah baik perniagaan mereka.


"Program ini juga memberi ruang kepada pihak penganjur dan pusat khidmat berhubung secara dekat dengan para peniaga tempatan di Kuala Pilah bagi mengetahui permasalahan yang mereka hadapi," katanya.


Tambah Sofiah, Ketua Srikandi KEADILAN Negeri Sembilan, Wan Zulaika Abdul Kahar turut mengalu alukan penganjuran dialog tersebut dan berharap program serupa itu akan lebih banyak dianjurkan.


"Tahniah buat barisan penganjur atas komitmen cemerlang yang diberikan sepanjang menjayakan program Borak Usahawan Bersama peniaga di Bazar Kuala Pilah.


"Diharap program komuniti seperti ini lebih banyak dianjurkan pada masa hadapan bagi memudahkan peniaga kecil mendapatkan maklumat dan bantuan khidmat dari segi permohonan yang melibatkan proses secara atas talian," katanya.


Turut hadir dalam program yang dianjurkan di Tapak Bazar Kuala Pilah itu adalah Ketua AMK Cabang Kuala Pilah, Mohd Rizal Mohamad Nazaruddin.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page