top of page

Bom hospital Gaza: Bukti Israel lakukan jenayah perang



Pengeboman ke atas Hospital Al-Ahli Al Arabi di Gaza, Palestin yang mengorbankan 500 jiwa merupakan bukti nyata kekejaman dan pelakuan jenayah perang rejim Israel.


Bagi Pengerusi Biro Antarabangsa KEADILAN Malaysia, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, serangan paling berdarah pada 17 Oktober itu bukan sahaja tidak dapat diterima oleh umat Islam sedunia malah oleh mana-mana manusia yang bertamadun, berakal dan punyai hati dan perasaan.


Oleh itu, katanya, KEADILAN mengecam keras sikap rejim Zionis dan para pemimpin Israel yang tidak mempunyai peri kemanusiaan sedikit pun.


"Parti Keadilan Rakyat mengecam kejahatan dan hipokrasi Israel, Amerika Syarikat dan sekutu mereka termasuk Kesatuan Eropah, dan percaya semua pihak yang berpegang kepada prinsip keadilan, menghormati undang-undang antarabangsa dan mempunyai nilai kemanusiaan tidak dapat menerima jenayah pembunuhan beramai ramai atau “genocide” yang sedang dilakukan terhadap rakyat Palestin sekarang ini.


"Strategi perang regim Zionis Israel terhadap Semenanjung Gaza sejak peperangan ini bermula lebih dari seminggu yang lalu bukan sahaja serangan bom tetapi hukuman secara kolektif atau “collective punishment” dengan memutuskan bekalan air, elektrik dan makanan.


"Semalam Israel telah meningkatkan tahap serangan dengan mengebom hospital tempat merawat orang awam yang cedera dan tempat perlindungan wanita dan kanak-kanak yang dijamin selamat oleh undang-undang antarabangsa," kata Shamsul dalam kenyataan petang ini.


Kata Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri itu, taktik yang digunakan Israel ke atas Gaza pada waktu ini amat menjijikkan sekali kerana mahu menjadikan wilayah itu tidak boleh didiami lagi atau “uninhabitable”


Taktik perang itu, katanya hanya akan meningkatkan lagi tekanan dan suhu peperangan di rantau Asia Barat.


"(Untuk itu) Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berhubung dengan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh semalam untuk menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi Malaysia kepada rakyat Palestin.


"Terdahulu dalam sesi Dewan Rakyat pada Isnin lepas Perdana Menteri juga telah memberi penerangan khas tentang situasi peperangan di Gaza serta langkah yang diambil oleh Kerajaan Malaysia ketika ini termasuk beliau yang akan pergi ke Ridayh, Arab Saudi pada hari Khamis ini," katanya lagi.


Menurut Shamsul, Selain daripada bantuan sebanyak RM100 juta yang disumbangkan, Kerajaan Malaysia juga komited untuk membantu meraih lebih banyak sumbangan bagi usaha dan operasi kemanusiaan serta perubatan untuk penduduk Gaza.


Serangan Israel ke atas Gaza kali ini dengan disokong oleh Amerika Syarikat dan sekutu mereka khususnya Kesatuan Eropah, katanya, telah membuka mata lebih banyak negara dan jutaan masyarakat dunia terhadap sifat keji Israel.


"Kecaman yang dihadapi oleh Israel termasuk dari rakyatnya sendiri, serta sokongan yang diberikan kepada Palestin oleh kuasa besar dunia yang lain seperti Rusia dan China selain dari negara-negara Arab, termasuk Malaysia dan Indonesia, menunjukkan peralihan sokongan kepada rakyat Palestin.


"Dunia menyaksikan kekejaman Israel dan Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah yang melakukan serta bersubahat melakukan jenayah perang ke atas rakyat Palestin yang tidak masuk akal.


"Kini mereka berdepan dengan kemarahan masyarakat dunia tak mengira agama dan bangsa," katanya lagi.


Tegas Shamsul, KEADILAN akan terus berdiri teguh bersama-sama seluruh rakyat Malaysia yang berusaha dan berdoa agar penduduk Palestin akan akhirnya bebas daripada kejahatan penjajah regim Zionis Israel.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page