top of page

Boleh tebus kredit eMADANI RM100 mulai hari ini - MOF



Orang ramai boleh melakukan proses penebusan kredit e-tunai eMADANI sebanyak RM100 mulai hari ini, kata Kementerian Kewangan (MOF).


Kenyataan kementerian berkata proses tersebut boleh dilakukan menerusi empat dompet digital yang akan menyertai dan menyokong inisiatif eMADANI ini.


Empat dompet digital berkenaan adalah MAE, Setel, ShopeePay dan Touch n Go eWallet dengan pengguna boleh memilih salah satu dompet digital dan melakukan penebusan melaluinya.


Program eMADANI dibuka kepada mereka yang berpendapatan bawah RM100,000 setahun dan berumur atas 21 tahun.


Ini termasuk golongan B40 dan juga M40 di Malaysia dengan jangkaan seramai 10 juta rakyat dewasa layak untuk kredit eMADANI ini.


Kredit eMADANI ini juga terhad untuk dibelanjakan secara fizikal dan bukannya atas talian. Penebusan boleh dilakukan sehingga 20 Februari 2024 tetapi kredit perlu digunakan sebelum 29 Februari depan.


Pada 29 November lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan di Dewan Rakyat mengenai program eMADANI iaitu tawaran e-kredit tunai RM100 ‘one-off’ kepada 10 juta rakyat dewasa yang layak dengan peruntukan RM1 bilion.

1 comment

1 Comment


mouldinshadan
Dec 11, 2023

Moulidin bin pilihan

Like

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page