top of page

'Bola sepak sukan menyatukan, bukan menyakitkan' - AMK



Kejadian dua bintang bola sepak tanah air, Akhyar Rashid dan Faisal Halim yang dicederakan secara jenayah tidak sewajarnya berlaku di Malaysia.


Menurut Setiausaha Komunikasi Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Shukrul Khair, kejadian samun dan simbahan asid yang mendatangkan kecederaan serius kepada kedua dua bintang sukan itu amat mengganggu ketenteraman, keharmonian dan kerancakan Liga Super Malaysia musim 2024/25 yang bakal bermula tidak lama lagi.


"Oleh itu, kami berharap agar mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan dua serangan ini dapat membantu menyalurkannya kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pihak-pihak berkuasa terlibat, agar siasatan penuh dan segera dapat dijalankan bagi mengelakkan sebarang tindakan keganasan keterlaluan tidak berlaku lagi.


"Kami juga berharap dan mendoakan agar kesembuhan penuh diberikan kepada kedua-dua orang pemain bola sepak tanah air ini serta dikurniakan kekuatan kepada semua ahli keluarga dan individu-individu terdekat yang turut terlibat," katanya dalam satu kenyataan.


Dalam pada itu, Shukrul berharap liga kebangsaan akan terbebas dari sebarang keganasan yang tidak mendatangkan apa-apa manfaat kepada industri bola sepak negara.


Katanya, industri bola sepak yang semakin berkembang dan maju tidak sepatutnya dicemari keganasan yang akan memalapkan prestasi atlet peringkat negeri atau kebangsaan pada masa hadapan.


"Industri bola sepak kita yang semakin berkembang dan maju ini tidak boleh dicemari dengan keganasan yang keterlaluan seperti ini dan bakal merencatkan kehangatannya.

"Bola sepak perlu menjadi sukan yang menyatukan, bukan sukan yang menyakitkan dan memecahkan," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page