top of page

Menang besar PRK Kinabatangan, Lamag bukti UMNO perlu bersama Perpaduan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 2 min read

Kemenangan Mohd Kurniawan (Kinabatangan) dan Mohd Ismail (DUN Lamag) bukti BN bersama Perpaduan
Kemenangan Mohd Kurniawan (Kinabatangan) dan Mohd Ismail (DUN Lamag) bukti BN bersama Perpaduan

Oleh: Akmal Manaf


Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag memberi isyarat bahawa kerjasama antara parti dalam Kerajaan Perpaduan lebih diyakini rakyat berbanding BN bergerak secara solo.


Pengarah Komunikasi Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Hanani Dhamirah, berkata kemenangan UMNO pada PRK tersebut bukan sekadar faktor ‘formula UMNO’ tetapi kerjasama bersama parti terkuat dalam Kerajaan Negeri, GRS.


Beliau menyifatkan UMNO lebih berdaya saing dan diterima pengundi apabila berada dalam kerangka Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, berbanding muncul secara solo atau bermain naratif pembangkang.

Hanani Dhamirah
Hanani Dhamirah

"Sokongan pengundi di kedua-dua kawasan itu (Parlimen dan DUN) menunjukkan rakyat menilai keupayaan mentadbir, kestabilan politik dan hasil kerja, bukan semata-mata melalui sentimen 'lawan kerajaan'.


"Hakikatnya, teori Datuk Dr Mohamad Akmal (Ketua Pemuda UMNO) bahawa parti itu akan lebih kuat jika menjadi pembangkang jelas tidak selari dengan kehendak pengundi di lapangan," katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.


Menurut Hanani lagi, rakyat yang mahukan pembangunan dan penurunan kos sara hidup tidak akan mempercayai pembangkang dapat melakukannya berbanding parti pemerintah.


"Rakyat pada hari ini mahukan penyelesaian kepada isu kos sara hidup, pembangunan setempat dan tadbir urus stabil yang mana perkara ini hanya boleh digerakkan secara efektif melalui kerajaan, bukan retorik pembangkang," jelasnya.


Hanani diminta mengulas mengenai keputusan PRK di Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag yang dilihat mencerminkan masa depan UMNO lebih kukuh dalam Kerajaan Perpaduan berbanding bertanding secara solo.


Sebelum ini, Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal membangkitkan cadangan agar UMNO meninggalkan Kerajaan Perpaduan dan menjalin hubungan dengan pembangkang.


Seruan itu muncul selepas kes mahkamah bekas Presiden UMNO, Najib Razak menemui jalan buntu apabila mahkamah menolak untuk menahan beliau secara tahanan rumah berdasarkan Titah Adendum.


Untuk rekod, BN memperolehi 7,269 undi pada PRK 24 Jan lalu dengan majoriti 5,681. Berbanding Pilihan Raya Negeri Sabah 29 Nov 2025 lalu yang mana calon UMNO hanya menang dengan majoriti 153 undi apabila parti itu bergerak secara solo.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page