top of page

Bola sepak piala Cabang: Mengembalikan kegemilangan 'Supermokh'



Pembangunan insan yang menekankan aspek fizikal dan mental perlu seiring dengan gaya hidup masa kini dalam memenuhi keperluan teras konsep Malaysia Madani yang digagaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Berikutan itu, Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju, Andre Lai baru baru ini menganjurkan pertandingan bola sepak Piala Tuan Andre Lai untuk mencungkil bakat baharu yang boleh digilap menjadi lagenda bola sepak tanah air seperti Allahyarham Mokhtar Dahari atau lebih dikenali dengan gelaran ‘Supermokh’.


Andre Lai bersalam dengan para pemain sebelum kejohanan bermula

Menurut Andre Lai, antara objektif utama penganjuran pertandingan tersebut ialah memberi peluang kepada bakat baharu di kalangan anak muda dalam mempamerkan kebolehan mereka sehingga mampu menjadi bintang sehebat Supermokh yang kekal menjadi kebanggaan negara sehingga kini.


"Pihak kami memberi fokus kepada pembangunan bola sepak di kalangan generasi muda bagi memberi pendedahan mengenai teknik, strategi dan kemampuan mereka mengendalikan permainan dengan lebih mendalam.


"Saya melihat anak muda amat bersemangat terutama selepas kita mengharungi episod pandemik Covid-19, selain memupuk semangat kesukanan yang tinggi bagi memberi persembahan terbaik di atas padang,” kata beliau.


Selain itu, Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan itu juga membangkitkan isu agar pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur membaik pulih padang di Taman Ibu Kota bagi memudahkan kegiatan latihan bola sepak atau aktiviti riadah lainnya.


"Saya berharap padang di Taman Ibu Kota yang memerlukan perhatian DBKL terutama atas faktor kewangan, agar dapat dibaik pulih demi kemajuan dan kepentingan anak muda yang memerlukan latihan serta perlawanan berkualiti bagi mencapai prestasi tinggi bagi meneruskan impian negara melahirkan seorang lagi ‘Supermokh’ yang digeruni di peringkat antarabangsa satu ketika dahulu.


"Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang berusaha menjadikan pertandingan ini satu kejayaan bagi menambah bilangan pemain yang boleh diketengahkan untuk mewakili negara sehingga kita layak ke Sukan Olimpik seperti yang pernah dikecapi pada era 1980-an,” tambahnya.


Johan pertandingan Piala Tuan Adrei Lai disandang oleh Kelab Bola Junior Bangi yang menewaskan Nuri FC Kepong


Menurut Andre lagi, dengan kesungguhan yang dipamerkan, tidak mustahil imej bola sepak negara akan kembali mengecapi kegemilangan yang pernah dinikmati setanding dengan gergasi bola sepak Asia serta dunia seperti Jepun, Korea Selatan malah pasukan bola sepak Eropah.


Pertandingan yang dianjurkan Sinar Baru Football Club (SBFC) pada 12 Mac lalu di Padang MAIWP, Taman Koperasi Polis Fasa 2 mendapat sambutan menggalakkan daripada pasukan-pasukan sekitar Wilayah Persekutuan dan Selangor.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page