top of page

Boikot syarikat pro-Israel: Malaysia telah lakukan lebih daripada negara lain - PM

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Nov 4, 2024
  • 2 min read


Kerajaan Madani tidak perlu terus menerus disalahkan apabila masih berurusan dengan syarikat antarabangsa yang mempunyai kepentingan modal atau saham Israel di dalamnya tetapi tidak beroperasi di negara haram itu.


Hal berkenaan ditegaskan oleh Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sesi penerangan khas di Dewan Rakyat pagi tadi.


Menurut Anwar, pembangkang tidak perlu menggesa negara membuat lebih daripada yang dilakukan sekarang kerana Malaysia telah pun menyekat sepenuhnya syarikat yang berasal dan beroperasi di Israel daripada berdagang dengan negara ini.


"Pendirian Malaysia tegas, tak banyak negara di dunia mengambil keputusan seperti Malaysia lakukan. Janganlah menggesa kita buat lebih datipada itu.


"Semasa YB Sik dalam kerajaan (PN) mereka mengizinkan Zim (syarikat perkapalan Israel) berlabuh, kita tidak mengizinkan. Kita ambil langkah lebih daripada (PN) itu.


"Kita bangkitkan kerjasama syarikat (pro Israel). Puluhan syarikat ada kerjasama dengan Israel yang berdagang dengan semua negara termasuk Malaysia, yang berdagang dengan semua negeri, termasuk diperintah pembangkang.


"Jadi kita kena ambil keputusan konsisten (dalam isu dagang)," katanya menjawab kenyataan Ahli Parlimen Ahmad Tarmizi Sulaiman (PN-Sik) yang menyatakan mengenai hubungan dagang Malaysia dengan syarikat pro-Israel.


Tegas PM, sekiranya Malaysia benar benar mahu memboikot kesemua syarikat yang mempunyai hubungan modal atau menjual peralatan ke Israel maka negeri negeri yang ditadbir PN juga perlu memutuskan hubungan pelaburan dengan beberapa syarikat berkenaan yang telah lama berdagang atau membuka kilang di negeri mereka.


"Kalau kita cadang, bukan satu syarikat, puluhan syarikat yang bertapak di semua negeri di Malaysia ini yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung termasuk kelengkapan, saham, senjata, yang ada kepentingan Israel.


"Keputusan itu (yang dibuat Kerajaan Madani pada waktu ini) harus keputusan yang tidak hanya retorik menarik perhatian orang ramai (boikot) kerana dari segi ketegasan - bukan nak takabur - saya mengambil langkah yang melangkaui kesanggupan banyak negara lain," katanya.


Di samping itu, PM juga mengakui risiko bersikap tegas terhadap Israel yang didukung oleh pemodal gergasi Yahudi di Amerika Syarikat.


Beliau juga, katanya, maklum mengenai beberapa negara Islam atau bukan yang pemerintahnya dijatuhkan oleh kuasa barat kerana bersikap keras terhadap Israel.


Namun risiko itu, kata Anwar, perlu diambil demi memperjuangkan negara Palestin yang merdeka dan menamatkan pembunuhan beramai ramai Israel ke atas umat Islam di rantau berkenaan.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page