top of page

Boikot bahas RCI TH tindakan tidak bertanggungjawab - Dr Mazlan

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Aug 12
1 min read

Seorang ahli Akademik menyelar tindakan ahli Parlimen keluar Dewan Rakyat dan memboikot sesi penerangan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji semalam.


Pengarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Madya Dr Mazlan Ali (gambar) menyifatkan apa yang dilakukan sebahagian besar Ahli Parlimen dari blok pembangkang itu semalam merupakan tindakan tidak wajar.


"Tindakan ini boleh membawa satu mesej ataupun naratif bahawa pembangkang tidak mahu mendapatkan penjelasan atau maklumat yang sebenar.


"Ia secara tidak langsung boleh dilihat sebagai tidak mahu bekerjasama dengan Menteri yang akan menyampaikan dan memberikan maklumat berkaitan laporan RCI tentang Tabung Haji," katanya dipetik laporan media.

Dr Mazlan Ali sementara itu menegaskan, Parlimen merupakan platform untuk ahli-ahli Parlimen untuk mendapatkan sumber dan juga maklumat yang sahih berkenaan dengan sesuatu perkara, lebih-lebih lagi laporan tersebut adalah berstatus siasatan diraja.


Justeru tegasnya, ahli Parlimen terbabit sepatutnya mengambil peluang sesi itu bagi mendapatkan penjelasan serta mengemukakan sebarang persoalan atau kemusykilan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page