top of page

BNM jangka prestasi ringgit akan memulih



Bank Negara Malaysia (BNM) menjangkakan prestasi ringgit akan bertambah baik apabila ketidakpastian berhubung perkembangan pasaran global kembali reda.


Menurut bank pusat itu penurunan nilai ringgit tidak terhad kepada Malaysia dan dialami juga negara lain yang ditentukan oleh faktor pasaran.


"Mengikut kadar pertukaran efektif nominal (NEER), secara relatifnya pergerakan ringgit lebih perlahan berbanding rakan dagang utama.


"Dalam persekitaran semasa, perkembangan luaran memberi kesan lebih ketara terhadap prestasi ringgit.


"Justeru, prestasinya berbanding dolar mahupun mana-mana matawang lain, tidak mencerminkan kedudukan ekonomi negara," kata BNM.


Melalui kenyataan sama, BNM berkata pihaknya akan menguruskan sebarang risiko yang timbul daripada peningkatan ketidaktentuan pasaran kewangan.


BNM juga akan memastikan mudah tunai mencukupi dan pasaran kewangan berfungsi secara teratur.

Dalam perkembangan berkaitan, Kementerian Kewangan menyerahkan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk merangka strategi khusus jangka pendek bagi mengatasi isu nilai ringgit yang merosot


Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan pada Jumaat berkata ketidaktentuan berterusan nilai ringgit di pasaran antarabangsa dikhuatiri akan memberi kesan pada kadar inflasi negara, kerana import negara akan menjadi mahal.


Tambahnya, nilai ringgit yang lemah berpunca daripada kegagalan Amerika Syarikat (AS) mencapai kata sepakat mengenai had siling hutang negara itu yang kini pada kadar AS$31.4 trilion.


"Bila belum diluluskan (had hutang baharu), pelabur masih memegang duit mereka dan permintaan dolar AS semakin meningkat dan mengukuh.


"Kita harap fenomena ini hanya sementara dan ringgit kembali ke tahap stabil seperti kadar lama yang berlaku bagi tempoh 6 bulan sebelum ini," jelas Ahmad Maslan lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page