top of page

BN Selangor sokong Amirudin sebagai Menteri Besar

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Aug 18, 2023
1 min read


Barisan Nasional (BN) Selangor yang bermesyuarat malam tadi menyatakan sokongan penuh dan tidak berbelah bagi untuk Datuk Amirudin Shari dilantik semula sebagai Menteri Besar Selangor.


Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin yang mempengerusikan mesyuarat itu berkata, pihaknya berhadap Amirudin akan terus memimpin Selangor dengan cemerlang.


"Kami akan sentiasa menyokong," katanya dipetik.


Sebelum ini, Amirudin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor, berkata pengumuman mengenai pelantikan Menteri Besar Selangor yang baharu akan dilakukan pihak istana.


Pada Khamis, Amirudin menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan di Shah Alam.


Naib Presiden KEADILAN itu menaiki kereta rasmi Menteri Besar jenis Toyota Camry dengan diiringi pasukan pengiring Polis Diraja Malaysia tiba di istana berkenaan kira-kira jam 2.30 petang.


Pakatan Harapan (PH) Selangor dalam satu kenyataan sebelum ini berkata, mereka secara konsensus menyokong Amirudin sebagai Menteri Besar dan telah menyatakan perkara itu dalam surat kepada Istana.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page