top of page

BN-PN N Sembilan digesa tarik semula fitnah istana di bawah pengaruh DAP - PH

Writer: Azuan Ab Rahman
Azuan Ab Rahman
19 hours ago
1 min read

Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dituntut menarik balik dakwaan tidak berasas, termasuk tuduhan bahawa Istana Negeri Sembilan berada di bawah kawalan DAP, persepsi digunakan mereka menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.


Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan menerusi kenyataan pada Sabtu berkata, dakwaan termasuk kononnya pemimpin gabungan itu mencampuri institusi diraja, institusi adat dan kesucian Islam ketika mentadbir negeri itu bukanlah perkara kecil.


"Tuduhan itu mempunyai kesan besar terhadap keyakinan rakyat, keharmonian masyarakat dan maruah pihak yang dituduh. Justeru, sebarang dakwaan sedemikian wajib disertakan bukti dan dipertanggungjawabkan.


"Sekiranya BN-PN mempunyai bukti terhadap dakwaan yang pernah dibuat, kemukakanlah secara terbuka. Jika tidak, adalah wajar tuduhan tersebut ditarik balik dan diperbetulkan.


"Tidak adil untuk membina persepsi buruk terhadap pihak lain ketika pilihan raya, kemudian membiarkan persepsi itu berterusan apabila pendirian yang dibawa mula berubah," kata kenyataan itu.


Kenyataan itu berkata ketika PH mentadbir Negeri Sembilan, gabungan tersebut sentiasa menghormati institusi diraja dan komited untuk memajukan pembangunan Islam, memperkukuh institusi pendidikan Islam serta memelihara keharmonian dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia.


"PH Negeri Sembilan tidak pernah menjadikan institusi diraja, adat dan agama Islam sebagai alat untuk meraih keuntungan politik," tegas mereka.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page