BN - PN gila kuasa: Mahu TPM, pilihan raya awal, tidak peduli masalah rakyat



Perebutan kuasa berterusan antara BN dan PN yang membentuk Kerajaan Persekutuan seharusnya menyedarkan rakyat betapa mereka tidak mengambil berat kesusahan orang lain pada era pasca pandemik Covid 19.


Menurut Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN Setiawangsa, Muhammad Azha Salahudin, rakyat seharusnya menilai sendiri sikap kedua dua gabungan tersebut, apabila PN mendesak mahukan jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) tanpa mengira kemungkinan kerajaan tumbang di tengah jalan.


"Tuntutan jawatan TPM oleh parti Bersatu ke atas Perdana Menteri (PM), Ismail Sabri Yaakob telah membuktikan bahawa kerajaan hari ini hanya memikirkan soal kuasa dan kedudukan berbanding memikirkan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat.


"Serangan demi serangan yang dilontarkan di antara mereka telah menunjukkan kerajaan gagal untuk membawa kestabilan politik seperti yang diwar-warkan sebelum ini.


"Parti Bersatu di bawah pimpinan Muhyiddin Yassin terus mendesak PM untuk menyerahkan jawatan TPM kepada parti mereka seperti yang telah dinyatakan dalam perjanjian yang dibuat


"Desakan ini pula disertakan dengan ugutan untuk menarik balik sokongan kepada PM sekiranya Ismail Sabri gagal menyerahkan jawatan tersebut kepada Bersatu," katanya.

Muhammad Azha Salahudin

Tegas Azha, kemelut itu sewajarnya menyedarkann rakyat tentang kesia siaan undi yang mereka beri buat Ahli Parlimen PN yang tidak memandang rakyat sebagai kelompok yang perlu dibela kebajikan mereka, sebaliknya diperkotak katikkan untuk memenuhi keperluan politik peribadi masing masing.


Selain itu, beliau juga mahu rakyat melihat satu lagi paksi dalam Umno yang tidak peduli kepada rakyat, iaitu kluster mahkamah yang inginkan pilihan raya umum (PRU) disegera tanpa mengira kesukaran hidup rakyat.


"Kluster mahkamah daripada Umno yang dipimpin oleh Najib Razak dan Zahid Hamidi terus mendesak supaya PRU15 diadakan segera agar mereka terlepas daripada hukuman kerana penyelewengan dana rakyat


"Tindakan BERSATU untuk menarik balik sokongan telah dijadikan peluru oleh Umno untuk mempercepatkan PRU15 pada tahun ini. Ini bukanlah masa yang sesuai untuk merebut jawatan dan mengadakan PRU15," katanya.


Menurut beliau, tibalah masa bagi rakyat memikirkan masa hadapan mereka sendiri seperti peningkatan inflasi, kos sara hidup, gaji minima yang rendah dan masalah kesihatan.


Terutama, katanya kes jangkitan Covid-19 yang kembali menunjukkan peningkatan sehingga mencecah 4000 kes sehari.


"Kemunculan virus baru Influenza dan cacar monyet pula menimbulkan kebimbangan rakyat untuk meneruskan kehidupan.


"Sekiranya kerajaan BN-PN tetap mengadakan PRU15 dalam masa terdekat, mereka perlu bertanggungjawab terhadap risiko kesihatan dan keselamatan yang perlu ditanggung oleh rakyat.


"Kita tidak mahu peristiwa PRN Sabah berulang kembali sehingga beribu nyawa rakyat terkorban akibat perebutan kuasa oleh pemimpin BN-PN," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER