top of page

BN menang, rakyat makin yakin dengan Kerajaan Perpaduan



Kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Amizar Abu Adam pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai dianggap sebagai isyarat politik yang penting.


Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pahang, Datuk Seri Amirudin Shari berkata sokongan itu telah menterjemahkan keyakinan rakyat yang semakin kuat kepada Kerajaan Perpaduan yang berusaha memajukan dan memakmurkan Malaysia.


"Alhamdulillah warga Pelangai memberi sokongan begitu hebat kepada calon BN mewakili Kerajaan Perpaduan, Datuk Amizar Abu Adam yang dipilih sebagai wakil rakyat dalam Pilihan Raya Kecil yang berlangsung hari ini.


"Ini adalah pengiktirafan bahawa rakyat semakin yakin dengan Kerajaan Perpaduan.

"Terima kasih kepada seluruh pasukan petugas pilihanraya dan keselamatan yang memastikan proses ini yang bermula dua minggu lalu berjalan dengan sungguh lancar," katanya dalam kenyataan.

Dalam pertembungan tiga penjuru di Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pelangai, Amizar mempertahankan kerusi tersebut dengan majoriti 2,949 undi sekali gus menewaskan Perikatan Nasional (PN) yang diwakili Kasim Samat yang mendapat 4,375 undi.


Manakala calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli hanya 47 undi sekaligus hilang wang deposit.


PRK kerusi berkenaan diadakan selepas penyandang kawasan itu diisytihar kosong susulan kematian Johari yang terbabit nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam, Ogos lalu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page