top of page

BN langgar SOP di pusat penamaan calon DUN Lendu?




Penyokong dan calon BN didakwa melanggar Prosedur Operasi Piawai (SOP) penamaan calon di pusat penamaan calon di Kompleks Japerun, Lendu dengan mengadakan perarakan.

Calon PH DUN Lendu Mohd Asri Ibrahim tiba awal di pusat penamaan calon

Wartawan Suara Keadilan melaporkan ketibaan calon BN N04 Lendu, Datuk Seri Sulaiman Md Ali pada jam 9:02 pagi diiringi perarakan kecil dan kemudian penyokong BN berkumpul di seberang jalan pintu masuk pusat penamaan calon tersebut sehingga memaksa pihak berkuasa meleraikan mereka.


Tindakan berkenaan mendapat teguran netizen yang mengikuti live Suara Keadilan kerana tidak sewajarnya BN sebagai parti memerintah di peringkat Persekutuan tidak mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan mereka sendiri.

Penyokong BN berkumpul di luar pusat penamaan calon

Di N04 DUN Lendu, KEADILAN menurunkan Ketua Penerangan Cabang Masjid Tanah, Mohamad Asri Ibrahim menentang Sulaiman dan calon PN, Abdullah Mahadi.


Sementara itu, di pusat penamaan calon Stadium Hang Jebat, calon KEADILAN N13 Paya Rumput, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin kelihatan tenang memasuki komleks penamaan calon pada pukul 9.00 pagi.


Shamsul nama besar yang diturunkan dari KEADILAN pusat akan berdepan Rais Yasin dari BN dan Faris Izwan dari PN.



Shamsul Iskandar melambai kepada pemberita sebelum memasuki pusat penamaan calon


0 comments

ความคิดเห็น


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page