top of page

Blueprint The Greater Kedah: MB selesaikan dulu isu air, projek terbengkalai



Oleh: Fiza Halim


Blueprint atau rangka tindakan The Greater Kedah yang diumumkan Menteri Besar (MB), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor baru baru ini dikritik oleh rakyat berikutan banyak masalah pentadbiran kerajaan Pas negeri itu yang belum diselesaikan.


Bagi Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Taufiq Johari, blueprint yang diumumkan mungkin dianggap rakyat sekadar retorik semata-mata sekiranya pelbagai projek yang diumumkan oleh MB Sanusi sebelum ini masih belum direalisasikan.


Misalnya, kata beliau, penduduk Kedah terutamanya di kawasan Sungai Muda, Sungai Petani dan di daerah-daerah sekitarnya masih mengalami masalah gangguan bekalan air dan hal itu sudah bertahun tidak diselesaikan.


"The Greater Kedah ini kita nak tahu adakah itu hanya retorik ataupun realiti?


"Kalau kita bercakap mengenai realiti pada hari ini masih banyak penduduk khususnya di kawasan Sungai Muda, tempat saya Sungai Petani, Merbok dan di daerah-daerah sekitar masih berlaku masalah air.


"Tak ada (dilihat) satu pelan (jangka) masa panjang untuk masalah air. Itu paling utama, benda asas rakyat Kedah," katanya ketika dihubungi.


Dalam pada itu, Dr Taufiq juga mahu Sanusi memberitahu rakyat Kedah nasib projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP), projek litar lumba motorsikal, projek pelancongan syarikat Widad Business Group di Langkawi dan sebagainya yang telah diumum sebelum ini.


"Sebelum kita bercakap mengenai pembangunan dan sebagainya, Kalau dia (Sanusi) nak buat, contohknya KXP tetapi macam mana dia nak buat airport dalam keadaan tak ada air?


"Selain itu, pembinaan litar lumba Sungai Petani, (kita tengok) dia dah lepas tangan macam itu sahaja sebab sampai sekarang tempat tu dah terbengkalai.


"Sewaktu dia umum benda itu, seolah-olah akan jadi dalam masa setahun atau dua tahun akan datang. Dia umum dengan yakin. Bila perkara itu tidak jadi, dia dengan mudah menyalahkan pihak-pihak tertentu dan dia hanyalah tukang umum semata-mata," katanya.


Pada 27 Oktober lalu, Sanusi mengumumkan blueprint tindakan The Greater Kedah yang merupakan satu hala tuju untuk dicapai dalam tempoh menjelang 2050.


Gagasan yang diilhamkan oleh Sultan Negeri Kedah, Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah melalui titah diraja tidak diragui rakyat mahu pun pemimpin Pakatan Harapan, namun yang menjadi masalah adalah perancangan dan pelaksanaan di bawah kerajaan Pas Kedah yang sebelum ini gagal melaksanakan beberapa projek mega yang telah diumumkan.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page