top of page

Blok wanita, kanak-kanak di HTAA akan dibina segera - Dr Zaliha





Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa memaklumkan kerja-kerja pembinaan Blok Wanita dan Kanak-Kanak di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan bakal dilaksana dalam masa terdekat.


Menurutnya, Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia selaku pelaksana, kini sedang dalam peringkat akhir bagi melantik kontraktor utama yang dijangka pada Jun nanti.


"Untuk projek ini yang akan dibina di atas tapak seluas 12.5 hektar dengan kapasiti 376 buah katil itu dijangka dapat memberikan manfaat kepada lebih 564,000 penduduk di daerah berkenaan dan daerah-daerah berdekatan.


"Pihak JKR sedang dalam peringkat akhir bagi melantik kontraktor utama yang dijangkakan inshaAllah perkara ini kita akan laksanakan dalam bukan akhir Jun akhir tahun ini," katanya dipetik.


Beliau berkata demikian ketika mengadakan siri kedua Lawatan Kerja ke Fasiliti Kesihatan Negeri Pahang di HTAA pada Isnin.


Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) KKM, Datuk Dr Norhayati Rusli; Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Dr Nor Azimi Yunus; dan Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff.


Projek pembinaan Blok Wanita dan Kanak-Kanak yang dirancang di HTAA merangkumi komponen seperti unit Kecemasan, Klinik Pakar, Pusat Jagaan, Wad O&G, Wad Pediatrik Umum, Wad Pembedahan Pediatrik, ICU dan pelbagai komponen sokongan lain.

Dalam pada itu, Dr Zaliha memaklumkan, penambahan keperluan fasiliti kesihatan di setiap daerah akan terus diteliti bagi memastikan kebajikan masyarakat setempat terjamin.


"Kita memberikan sejumlah RM1.12 bilion untuk Pahang dan dia merangkumi beberapa perkara termasuklah klinik-klinik daif, peralatan-peralatan yang perlu diperbaiki dan bangunan-bangunan yang mungkin memerlukan pembaikan juga.

"Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM12.9 juta diperuntukkan bagi 42 klinik berstatus daif di seluruh negeri di bawah Inisiatif Pembaikan Klinik Daif.


"Setakat ini, 41 klinik telah memulakan kerja-kerja pelaksana pembaikan dan dijangka siap pada minggu pertama bulan Disember tahun ini. Manakala, bakinya masih dalam proses perolehan dan akan selesai dalam bulan Jun ini," tambahnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page