top of page

Blok kerajaan tinggal 77 kerusi: Mahiaddin tiada pilihan selain letak jawatan - Sim Tze Tzin


Perdana Menteri (PM) Tan Sri Mahiaddin Yassin wajar meletak jawatan secepat mungkin berikutan keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam tadi yang menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional.


Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata, dengan keputusan itu tiada sebab Mahiddin terus mahu berpaut pada tampuk kuasa dan perlu secara terhormat mengundurkan diri.


"Mahiaddin tidak ada alasan lagi, beliau harus letak jawatan secara terhormat.


"Blok kerajaan cuma tinggal 77 Ahli Parlimen. Yang tidak menyokong PM telah mencapai 143 Ahli Parlimen iaitu hampir 2/3


"Dalam coalition politics, sokongan PM adalah melalui parti. Jika sesebuah komponen parti kerajaan menarik sokongan, kerajaan tersebut tumbang," kata Sim.


Menurut Pengarah Strategi KEADILAN itu, sekiranya Mahiaddin tetap mahu bergantung kepada sokongan individu Ahli Parlimen, langkah berkenaan adalah tidak selamat kerana Ahli Parlimen Umno juga akan mengikut keputusan juga parti akhirnya.


"Ada kemungkinan Ahli Parlimen Umno masih sokong Mahiaddin tetapi realitinya sokongan itu sangat lemah dan mereka akan ikut keputusan parti (akhirnya). Mengapa nak sokong seorang PM di hujung tanduk?" soal Sim.


Beliau turut memberikan senario sekiranya Mahiaddin meletak jawatan, maka Yang di-Pertuan Agong akan lebih mudah untuk memilih PM baharu atau sesi khas Parlimen dipanggil untuk memilih PM.


Namun, katanya, jika PM enggan meletak jawatan maka Parlimen perlu mengadakan Undi Tidak Percaya terhadap beliau pada sesi 26 Julai nanti


"PM (dalam hal ini) boleh menasihati Agong melanjutkan darurat untuk terus berkuasa.


"Namun senario ini agak tipis kerana Majlis Raja-Raja telah menolak lanjutan darurat.


"Pada hemat saya, Mahiaddin harus letak jawatan dengan serta merta kerana kerajaan beliau tidak stabil selama 15 bulan dan sekarang terbukti hilang sokongan.


"Cara yang terbaik panggillah sidang Parlimen untuk memilih PM baru," katanya lagi.


Majlis Tertinggi Umno yang bermesyuarat secara dalam talian sehingga pukul 12.30 malam tadi memutuskan untuk menarik sokongan kepada kerajaan PN.


Dalam kenyataannya Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi membayangkan perlunya dilantik PM baharu untuk jangka masa terhad bagi menangani masalah Covid 19 sehingga selesai dan kemudian Parlimen dibubarkan.


Zahid tidak pula menjelaskan apakah perlu dilantik PM Interim atau mengarahkan menteri-menteri Umno perlu melatak jawatan segera dalam kenyataan tersebut.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page