top of page

Blackrock: Jangan jadikan 'wayang politik', syarikat Israel tetap ditolak



Firma yang berpengkalan di Israel akan ditolak dari berurusan di Malaysia.


Bagaimanapun, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, penyertaan syarikat BlackRock yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) dalam pengambilalihan Malaysia Airport Holding Bhd (MAHB) tidak seharusnya dijadikan sebagai ‘wayang politik’.


Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak mempunyai keupayaan untuk membatalkan penglibatan syarikat di luar negara yang mempunyai kaitan dengan Israel kerana ia boleh menjejaskan ekonomi negara.


"Syarikat yang ada operasi di Amerika, Jerman, China tapi ada kaitan dengan Israel, tiada upaya kita dalam keadaan sekarang membatalkannya kerana akan menjejaskan ekonomi negara.


"Jadi sementara saya akan keras memperjuangkan dan membela nasib rakyat Palestin khususnya di Gaza berdepan dengan siapa sahaja, tapi saya tidak mahu melemahkan kekuatan ekonomi negara. Kalau syarikat itu dari Israel, saya tetap tegas (tolak)," katanya ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Tun Abdul Aziz, Petaling Jaya, Selangor hari ini.


Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata mana-mana pihak berhak untuk tidak bersetuju dengan pemerintah, namun dalam masa sama mereka tidak boleh menafikan usaha kerajaan di dalam menyuarakan isu kezaliman Israel di Gaza.


"Tapi janganlah gunakan (isu) ini kerana orang-orang yang beri lesen kebenaran untuk kapal Israel berlabuh sekarang nak jadi jaguh.


"Saya tak mahu ungkit benda ini, sudah-sudahlah. Tapi saya harap kita bersatulah, kita boleh berbeza dalam soal seperti (PRK) Sungai Bakap, tapi dalam soal Gaza ini umat Islam termasuk Malaysia bersatulah untuk menyelamatkan umat Islam di Palestin.


"Tapi kalau nak apa yang disebut ‘skor political point’ ini bukan tempatnya," kata beliau.


Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan mengambil pendirian tegas untuk membatalkan kerjasama dengan semua syarikat yang membuka operasinya di Israel.


Bagaimanapun, beliau berkata tindakan sama tidak boleh diambil bagi syarikat-syarikat berkaitan Israel yang beroperasi di negara lain.


Pembabitkan firma pelaburan infratruktur, Global Infrastructure Partners (GIP) dalam Gateway Development Alliance (GDA), sebuah konsortium yang mengumumkan tawaran bagi mengambil alih MAHB pada 15 Mei lepas menerima kritikan kumpulan pro-Palestin selain dieksploitasi oleh aktivis parti pembangkang.


Ini ekoran GIP dimiliki oleh Blackrock yang mempunyai hubungan dengan kepentingan Israel. Transaksi pengambilalihan GIP oleh Blackrock akan dimuktamad pada suku ketiga tahun ini, menurut kenyataan GIP.


Melalui GDA, konsortium yang membabitkan Khazanah Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memiliki 70 peratus dalam MAHB manakala baki 30 peritus lagi pegangan dimiliki Bersama oleh GIP dan Abu Dhabi Investment Authority (ADIA) menerusi GIP Aurea Pte Ltd.


Bagaimanapun, Pengarah GDA yang juga Ketua Bahagian Pengangkutan GIP, Phil Iley dipetik sebagai berkata BlackRock tidak pernah sama sekali terlibat dalam sebarang transaksi berhubung MAHB.


"GIP akan mengekalkan kawalan penuh dan tanggungjawab bagi hala tuju strategik dan operasi GIP serta syarikat-syarikat di bawah pelaburan kami," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page