Biro Veteran KEADILAN gerakan jentera bantu kempen PRN Melaka


Biro Veteran KEADILAN Pusat kini mula menggerakkan sukarelawannya sebagai jentera sokongan bagi membantu calon parti sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.
Pengerusinya, Khairul Anuar Othman berkata persediaan jentera Biro Veteran KEADILAN kali ini lebih mantap dengan jadual operasi yang tersusun.
Katanya, sebelum Hari Penamaan Calon, Biro Veteran KEADILAN Pusat telah mengadakan Pemukiman Veteran KEADILAN selama dua hari di Melaka dengan penyertaan kepimpinan biro berkenaan serta sukarelawan PRN Melaka dari seluruh negara.
"Biro Veteran KEADILAN telah mempersiapkan para sukarelawan veteran untuk PRN MELAKA dengan tugasan mengikut strategi khas untuk menangkan calon DUN Melaka yang mana ianya berdasarkan kelangsungan Pemukiman Veteran KEADILAN selama dua hari di Melaka itu.
".... (keputusan itu) adalah hasil daripada pemukiman khas yang turut disertai tetamu jemputan iaitu Setiausaha Agung parti, Datuk Dr Fuziah Salleh; Pengerusi KEADILAN MPN WP Datuk Azman Abidin (yang juga merupakan Calon N.13 DUN Paya Rumput Melaka) dan Tian Chua (mantan Naib Presiden KEADILAN).
"Pemukiman itu turut disertai beberapa tokoh mantan ADUN daripada parti KEADILAN dan dari beberapa negeri," kata beliau dalam satu kenyataan.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan seramai 79 calon daripada pelbagai parti bertanding pada PRN Melaka kali ini.
Daripada jumlah itu, Pakatan Harapan (PH) bertanding 24 kerusi, Barisan Nasional (BN) 23 kerusi, Bersama (16), Bersatu (tujuh), Perikatan Nasional (PN) (lima), Putra (satu) dan Bebas (tiga).




Comments