top of page

Biro Sukarelawan, Guaman KEADILAN P Pinang kecam keganasan Israel

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 10, 2023
  • 1 min read


Keganasan rejim Israel menceroboh Masjid al Aqsa pada bulan Ramadan dikecam oleh Biro Sukarelawan KEADILAN bersama Biro Guaman dan Aduan Awam KEADILAN Pulau Pinang.


Kedua dua biro itu mengecam sekeras-kerasnya serangan terhadap rakyat Palestin yang menyebabkan kecederaan 12 orang dan penahanan 350 jemaah baru baru ini.

Fahmi Zainol

Menurut Pengarah Biro Sukarelawan KEADILAN Malaysia, Fahmi Zainol dan Timbalan Pengerusi Biro Guaman dan Aduan Awam KEADILAN Pulau Pinang, Darwin Lim Chee Chien, tindakan polis Israel berkenaan amat tidak berperikemanusian apabila melakukan serangan ketika umat Islam Palestin sedang menunaikan solat di Masjid Al Aqsa.


"Tindakan polis Israel jelas melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia di mana rumah ibadat harus dilindungi dan umat Islam Palestin harus diberikan kebebasan untuk menunaikan ibadat solat tanpa gangguan daripada mana-mana pihak


"Kami menyeru masyarakat Malaysia dan antarabangsa sama-sama mengecam tindakan keji Zionis Israel ini dan segala tindakan penindasan terhadap rakyat Palestin perlu dihentikan dengan segera bagi mengembalikan keamanan dan kestabilan Palestin," kata mereka dalam kenyataan bersama.


Menurut kenyataan itu lagi, mereka berpegang teguh dan bersolidariti bersama warga Palestin. Mereka juga menyokong hak rakyat Palestin mendapatkan sebuah negara yang merdeka berdasarkan sempadan negara sebelum 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page