top of page

Biro Pendidikan KEADILAN sokong titah Agong

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read
Sistem pendidikan kebangsaan melahirkan generasi mencintai tanah air. Gambar hiasan
Sistem pendidikan kebangsaan melahirkan generasi mencintai tanah air. Gambar hiasan

Oleh: Azuan Ab Rahman


Biro Pendidikan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Pusat menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim atas titah diraja yang menegaskan kepentingan memperkukuh sistem pendidikan kebangsaan sebagai asas pembinaan jati diri.


Dalam satu kenyataan, biro itu menyifatkan titah berkenaan sebagai peringatan tepat pada masanya agar pendidikan negara terus berpaksikan identiti nasional serta semangat perpaduan.


"Biro Pendidikan KEADILAN menyokong penuh penegasan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama negara, selaras Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pendidikan 1996.


"Bahasa Melayu bukan sekadar bahasa pengantar, sebaliknya instrumen terpenting perpaduan nasional yang mesti dimartabatkan tanpa kompromi," menurut kenyataan itu.


Biro berkenaan turut menegaskan semua sistem pendidikan di Malaysia wajib mematuhi Dasar Pendidikan Kebangsaan, termasuk kewajiban penguasaan Bahasa Melayu dan pemahaman Sejarah Malaysia sebagai prasyarat utama pengiktirafan.


Menurutnya, pendidikan adalah wahana pembinaan jati diri, kesetiaan kepada negara dan pembentukan warganegara yang berjiwa Malaysia.


"Sesiapa yang memilih untuk menetap dan membina masa hadapan di negara ini perlu menghormati identiti nasional, termasuk kedaulatan bahasa dan sejarah tanah air," tambah kenyataan itu.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page