top of page

Biro Pendidikan KEADILAN gesa tingkat pelaburan sektor pendidikan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 25
  • 1 min read

Lebih banyak pelaburan perlu diperuntukkan untuk sektor pendidikan - Gambar hiasan
Lebih banyak pelaburan perlu diperuntukkan untuk sektor pendidikan - Gambar hiasan

Malaysia melonjak lapan tangga dalam laporan IMD World Talent Ranking 2025, sekali gus membuktikan negara berada di landasan yang betul dalam membangunkan modal insan.


Biro Pendidikan KEADILAN berkata, kejayaan tersebut hasil dasar konsisten kerajaan MADANI yang memberi penekanan kepada pembangunan bakat sejak peringkat prasekolah hingga ke pendidikan teknikal dan vokasional (TVET).


"Kejayaan ini juga hasil inisiatif berkesan yang didokong oleh Kementerian Pendidikan (KPM), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) serta seluruh jentera kerajaan MADANI," jelasnya dalam kenyataan.


Biro Pendidikan KEADILAN sementara itu menegaskan, Malaysia walaupun berdepan cabaran fiskal tetap memilih untuk melabur pada bakat.


Bagaimanapun mereka mencadangkan perlunya pelaburan dalam sektor pendidikan terus ditingkatkan.


"Malaysia kini berbelanja sekitar 4.2 peratus daripada KDNK untuk pendidikan, kekal sebagai bajet terbesar setiap tahun, namun kita masih berada di tangga ke-43 dunia dari segi perbelanjaan pendidikan.


"Jika pelaburan ini dapat ditingkatkan kepada sekurang-kurangnya 4.8 peratus – setara dengan purata negara maju Eropah – kedudukan Malaysia dijangka terus melonjak," tegas mereka.


IMD World Talent Ranking 2025 meletakkan Malaysia di kedudukan ke-25, pencapaian terbaik negara dalam tempoh lima tahun.


Di peringkat Asia-Pasifik, Malaysia berada di tangga kelima selepas Hong Kong, Singapura, Taiwan dan Australia.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page