Biro Pendidikan Nasional Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia berkolaborasi bersama Universiti Raffles menganjurkan forum kesihatan mental sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia baru baru ini.
Menurut kenyataan Biro Pendidikan Nasional AMK, forum berkenaan penting untuk membincang serta mempromosikan kesihatan mental dalam kalangan anak muda bagi mengatasi sikap yang sering menyembunyikan masalah mental sehinggalah keadaan menjadi di luar kawalan.
"Isu kesihatan mental sepatutnya tidak dianggap sebagai perkara tabu, dan semua orang sepatutnya dapat berbincang tentangnya dengan bebas tanpa takut dihakimi atau didiskriminasi.
"Kesihatan mental sama pentingnya dengan kesihatan fizikal, seperti pepatah mengatakan, "minda yang sihat menghasilkan tubuh yang sihat" dan sebaliknya.
"Kesedaran dan pendidikan mengenai kesihatan mental ini terutama dalam golongan anak muda perlu ditingkatkan lagi dalam kerajaan hari ini," kata kenyataan tersebut.
AMK dalam pada itu mengucapkan penghargaan kepada ADUN Bukit Batu, Arthur Chiong yang telah hadir untuk menyokong dan merasmikan program berkenaan.
Selain itu, ucapan terima kasih juga ditujukan kepada ahli ahli panelis Cik Lophren Yong Wen Sheue, Dr Safiya Binti Haja Amanullah, En Ong Chia Shen dan En Chew Boon Too yang telah memberikan banyak "insights" dan pandangan mengenai kesihatan mental untuk kebaikan anak muda.
"Tahniah kepada Dr Amos Lian (Pengarah Program Psikologi di Universiti Raffles) yang merupakan pengarah program ini dan kepada Pengarah Program Pendidikan AMK, Tuan Kiran, atas kerjasama mereka dalam menjalankan program yang bermakna ini di Johor," kata kenyataan itu lagi.
Comments