top of page

Biro Pendidikan AMK Selangor anjur kursus pemantapan media sosial



Biro Pendidikan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor baru baru ini menganjurkan "Kursus Pemantapan Media Sosial" di Glenmarie, Shah Alam untuk anak muda.


Menurut kenyataan AMK Selangor, kehadiran anak muda dari seluruh pelosok negara bagi menyertai program tersebut mempelajari dan meningkatkan kemahiran dalam platform media sosial seperti TikTok, Twitter dan Facebook begitu menggalakkan.


Menurut kenyataan itu lagi, pengarah program, saudari Marina menyatakan inisiatif seperti itu perlu diteruskan dalam pendidikan anak muda dalam menguasai media sosial.


"Hal ini disebabkan globalisasi masa kini memberi tumpuan kepada dunia IT, dan peningkatan kemahiran dalam bidang ini akan membuat mereka lebih responsif terhadap maklumat yang disebarkan di media sosial, serta mampu membezakan antara fakta dan fitnah," kata Marina.


Selain itu, Naib Ketua Biro Pendidikan Pusat, Mohamad Azha Salahudin pula menyatakan Biro Pendidikan AMK akan terus memberikan bantuan dan sokongan kepada inisiatif seperti itu kerana pembelajaran sesuatu perkara hanya akan menjadi efektif apabila diamalkan.


"Anak muda di negara ini diharap terus menyertai program-program percuma seumpama ini yang akan dijalankan oleh Biro Pendidikan, bagi meneruskan usaha "lifelong learning".


"Inisiatif yang dibawa oleh Ketua Pendidikan AMK Selangor saudari Marina harus dicontohi dan seterusnya dilebarkan ke setiap pelosok negara," kata beliau.


Turut hadir dalam kursus tersebut ialah saudara Azri dari Menteri Besar Incorporated (MBI) yang merupakan penaja program tersebut.

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page