top of page

Biro Pekerja KEADILAN Selangor edar juadah buka puasa

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read
Pengerusi Biro Pekerja Datuk Abdullah Sani (empat dari kanan) menyerahkan juadah ke wakil anggota bomba
Pengerusi Biro Pekerja Datuk Abdullah Sani (empat dari kanan) menyerahkan juadah ke wakil anggota bomba

Oleh: Akmal Manaf


Menghayati semangat Ramadan yang menuntut keprihatinan dan penghargaan terhadap jasa insan yang berkorban demi masyarakat, Biro Pekerja Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Selangor telah mengadakan program edaran juadah berbuka puasa kepada petugas barisan hadapan di sekitar Kuala Langat dan Banting, semalam.


Menerusi satu kenyataan, program berkenaan dimulakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat sebelum diteruskan ke Hospital Banting dan Balai Bomba Banting.


"(Ia) melibatkan penyampaian juadah kepada anggota polis, petugas kesihatan dan anggota bomba yang sedang bertugas sepanjang Ramadan.


"Inisiatif ini bertujuan menzahirkan penghargaan kepada golongan pekerja barisan hadapan yang terus berkhidmat tanpa mengira waktu demi memastikan keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan masyarakat sentiasa terpelihara.

Juadah berbuka puasa diserahkan kepada anggota polis di IPD Kuala Langat
Juadah berbuka puasa diserahkan kepada anggota polis di IPD Kuala Langat

"Sepanjang program berlangsung, sambutan yang diberikan amat baik dan kerjasama daripada pihak jabatan terlibat telah memastikan perjalanan program berjalan lancar dan teratur," kata kenyataan itu.


Tambah biro berkenaan, program tersebut mencerminkan komitmen berterusan dalam menghargai sumbangan golongan pekerja yang menjadi tunjang kepada kestabilan dan keharmonian negeri.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page