top of page

Biro Mobilisasi AMK lantik jawatankuasa, unit operasi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 12
  • 1 min read

ree

Oleh: Akmal Manaf


Biro Mobilisasi Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia hari ini mengumumkan senarai pelantikan rasmi jawatankuasa utama dan unit-unit operasi.


Ketuanya, Bariqul Zaman Batharul Zaman (gambar) berkata, pelantikan itu selaras dengan usaha memperkukuh gerak kerja mobilisasi akar umbi serta kesiapsiagaan organisasi di seluruh negara.


"Pelantikan ini merupakan sebahagian daripada komitmen AMK untuk terus menjadi barisan hadapan dalam memperjuangkan aspirasi rakyat khususnya generasi muda melalui pendekatan yang teratur, bersistematik dan inklusif.


"Barisan ini dibentuk dengan penuh keyakinan bahawa setiap individu yang dilantik akan membawa semangat perjuangan dan profesionalisme dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan.


"AMK menyeru seluruh anak muda Malaysia untuk terus menyokong gerak kerja Biro Mobilisasi ini demi memastikan suara generasi muda terus menjadi kekuatan utama dalam landskap politik tanah air," katanya dalam satu kenyataan.


Berikut merupakan Jawatankuasa Utama Biro Mobilisasi AMK Pusat:


Ketua: Bariqul Zaman Batharul Zaman


Timbalan Ketua: Andi Aishwaryanizatul Azwa


Setiausaha: Luqmanul Hakim Mohamand Noor


Bendahari: Nurardiana Redzuanto


Unit Dana dan Tajaan: Navinraaj Sundararaju


Ahli Jawatankuasa (Zon Tengah): Dinesh A/L Ramachandran


Ahli Jawatankuasa (Zon Utara): Ooi Shen Jay


Ahli Jawatankuasa (Zon Selatan): Muhammad Farid Mohammad


Ahli Jawatankuasa (Zon Pantai Timur): Norafiza Ahmad Zaidi


Ahli Jawatankuasa (Zon Borneo): Muhd Zahid Matserudin



Unit-Unit Operasi Biro Mobilisasi AMK Pusat:


Unit Tugas-Tugas Khas: Izz Ahmad Irfan Jaidin


Unit Data dan Pendaftaran: Fadhullah Haziq Mohamad Zaini


Unit Komuniti: Murvinthen A/L S Mohan


Unit Lapangan: Mohd Anas Yusof


Unit Jaringan: Mohd Hidayat Mat


Unit Operasi: Azizi Aziz


Unit Tindakan Khas: Muhammad Sharil Muhyidin Kuthi


Unit Multimedia: Mohammad Zulhamizan Zuhairi


Unit Latihan dan Protokol: Nuh Batharul Zaman


Unit Media Sosial: Muhammad Mazlan Mohd Ramli


Unit Logistik: Ibrahim Batharul Zaman


Unit Mahasiswa: Eirfan Mohd Azdi

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page