top of page

Biro Komunikasi AMK Selangor sedia bantu AMK Marang

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 11
  • 1 min read

Saifuddin Shafi dalam lawatan ke Terengganu, bertemu AMK Marang baru baru ini
Saifuddin Shafi dalam lawatan ke Terengganu, bertemu AMK Marang baru baru ini

Biro Komunikasi Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor menyatakan komitmen penuh untuk membantu AMK Marang memperkukuh organisasi dan memperkemas jentera di peringkat akar umbi.


Pengarah Komunikasi AMK Selangor, Haziq Izwan Mohd Husni menerusi satu kenyataan berkata, sokongan itu selaras semangat solidariti dalam memperkasakan kepimpinan muda KEADILAN di seluruh negara.


"Biro komunikasi bersedia memberi sokongan berbentuk strategi komunikasi, meliputi perkongsian pengalaman, latihan serta pendekatan kreatif dalam memperluas capaian mesej kepada masyarakat


"Kami percaya, organisasi mampu dikukuhkan melalui jaringan kerjasama yang erat . Kami sedia bersama AMK Marang dalam usaha memantapkan struktur serta memastikan suara anak muda terus didengar," katanya dipetik.


Kenyataan itu menyusul seruan Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Shafi Muhammad baru-baru ini agar KEADILAN Cabang Marang mengukuhkan kekuatan mereka.


Ia berikutan kedudukannya yang dilihat strategik untuk meruntuh kekuatan Pas di negeri Terengganu.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page