top of page

Biro Kebajikan Parlimen Pasir Gudang serah bantuan

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Oct 9, 2020
  • 1 min read


Biro Kebajikan Parlimen Pasir Gudang baru-baru ini menyerahkan bantuan kepada rakyat yang memerlukan di kawasan terbabit.


Mewakili Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, Program Penyerahan Bantuan Kebajikan (Pelajaran) itu diberi oleh pegawai beliau kepada para pemohon yang layak.


"Semoga dengan sedikit sumbangan kewangan dari YB ini dapat meringankan bebanan tanggungan yang ibu bapa mereka hadapi di kala ini dan semoga anak-anak ini berjaya dimasa depan," kata biro berkenaan dalam satu kenyataan.


Penyerahan bantuan dari Biro Kebajikan Parlimen Pasir Gudang dilakukan secara berkala kepada rakyat dalam parlimen berkenaan bagi mengurangkan kesukaran hidup yang dihadapi masyarakat setempat.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page