top of page

Biro Guaman dan Undang-undang AMK akan anjur sesi forum guaman


Biro Guaman dan Undang-Undang Angkatan Muda KEADILAN (AMK) akan menganjurkan empat sesi forum Guaman bertema 'Memelihara Hak Rakyat, Keadilan Untuk Semua' pada bulan Jun ini.


Menurut Setiausaha Biro Guaman dan Undang-undang AMK, Darwin Lim Chee Chien, empat sesi forum menerusi Facebook Live itu akan melibatkan pelbagai pihak membincangkan dan memberikan nasihat guaman terhadap isu-isu semasa yang berlaku.


Katanya, antara isu-isu yang akan disentuh adalah, pelaksanaan SOP sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP); gangguan seksual yang berlaku di dunia sukan; insiden perlanggaran keretapi LRT baru-baru ini; kes kematian dalam tahanan dan isu-isu semasa lain.


"Terdapat pelbagai persoalan undang-undang yang berbangkit dalam isu-isu berkenaan seperti kekeliruan dalam pelaksanaan SOP, unsur jenayah serta peranan semua pemegang taruh berkait isu gangguan seksual dalam sukan, hak mangsa dalam insiden kemalangan LRT dan tanggungjawab kerajaan dalam kes kematian dalam tahanan.


"Kami berharap empat sesi forum Guaman ini dapat memperkasa dan memberi penerangan kepada orang awam berkenaan hak asasi mereka, dan pada masa sama mengumpulkan pandangan daripada pelbagai pihak untuk memperbaharui undang-undang yang sedia ada, agar membawa keadilan kepada rakyat," kata Darwin dalam satu kenyataan.


Menurutnya lagi, forum tersebut merupakan usaha AMK untuk membantu rakyat yang terjejas dalam isu-isu terbabit. Biro Guaman AMK bersama barisan peguam sukarela juga menawarkan khidmat nasihat guaman secara percuma.


Bagi yang memerlukan nasihat guaman berkait isu-isu tersebut boleh menghubungi Biro Guaman AMK melalui e-mel di biroguamanamk@gmail.com, Facebook page Angkatan Muda Keadilan Malaysia dan Whatsapp no. 01117652235.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page