top of page

Biro Guaman AMK selesai mesyuarat pertama, gariskan hala tuju baharu

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 7
  • 1 min read

ree

Oleh: Azuan Ab Rahman


Biro Guaman & Aduan Awam Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia telah selesai mengadakan mesyuarat pertama bagi penggal 2025-2028.


Langkah pertama itu dilihat sebagai memperjelas hala tuju baharu biro tersebut sekaligus usaha memperkukuh keupayaan biro bagi memastikan khidmat terbaik dapat diberikan kepada masyarakat.


"Mesyuarat memperkenalkan struktur rasmi Jawatankuasa Utama, Unit Khas serta Sekretariat Pelaksana.


"Jawatankuasa ini bukan sahaja akan mengurus aduan, malah membina naratif undang-undang, menjalankan litigasi strategik, serta memperkasa pendidikan undang-undang agar rakyat lebih celik hak dan peranan mereka," menurut kenyataan dikongsikan Ketua Biro, Khairul Naim Rafidi (gambar) di Facebooknya semalam.


Kenyataan turut memaklumkan, antara projek awal yang digariskan ialah pelaksanaan Hotline Aduan Awam AMK, pengukuhan peranan Biro Guaman di peringkat negeri dan sesi libat urus strategik dalam tempoh tiga bulan pertama.


Bagi menyokong fungsi teknikal dan advokasi, beberapa unit khusus diwujudkan, antaranya Unit Krisis & Litigasi Strategik, Unit Penyelidikan Undang-Undang, Unit Aduan & Respon Awam, Unit Naratif & Kenyataan Media, Unit Pemantauan Pilihan Raya & Reformasi Institusi, Unit Advokasi & Kempen Pendidikan Undang-Undang, serta Unit Pemikiran Strategik, Pembangunan Wacana & Dasar.


Struktur kepimpinan Jawatankuasa Utama biro disertai Abdullah Hakim Ahmad sebagai Timbalan Ketua Biro dan May Eva Sofea Zainal Abidin sebagai Setiausaha.

Turut dilantik sebagai ahli jawatankuasa ialah Siti Nur Athira Kahar, Muhammad Amir Sahmat, Dan Francis a/l Peter, Mohamad Aiman Ilhami Mohd Rafizan dan Mohd Wafiyuddin Al-Awal Musa.


Turut diumumkan ialah anggota-anggota unit yang ditubuhkan bagi melancarkan lagi gerak kerja biro tersebut.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page