top of page

BIPPA Selangor seru terus pertahan keharmonian kaum, agama

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 19 hours ago
  • 1 min read


Oleh: Azuan Ab Rahman


Isu sensitif berkaitan agama dan perkauman tidak wajar dieksploitasi untuk kepentingan politik sehingga mencetuskan ketegangan masyarakat.


Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BIPPA) KEADILAN Selangor, Zawawi Mughni (gambar) berkata, pemeliharaan keharmonian dan perpaduan rakyat berbilang kaum serta agama mesti menjadi keutamaan dalam membina Malaysia yang adil, demokratik dan sejahtera selaras prinsip fiqh awlawiyyat yang mengutamakan kepentingan awam.


"Sejarah mengajar kita bahawa kegagalan mengurus kepelbagaian kaum dan agama secara adil dan inklusif boleh membawa kepada perpecahan dan konflik, seperti yang pernah berlaku di Yugoslavia sehingga mencetuskan tragedi di Bosnia, Croatia dan Serbia.


"Seluruh rakyat Malaysia, khususnya di negeri Selangor diseru agar bersama-sama memelihara kerukunan, saling menghormati dan memperkukuh ikatan perpaduan demi masa depan negeri dan negara," katanya dalam kenyataan.


Mengulas isu rumah ibadat, Zawawi mengakui terdapat kes pembinaan yang tidak mematuhi peraturan, termasuk di atas tanah rizab, tanah awam atau tanah milik pihak lain.


Isu-isu tersebut tegasnya perlu ditangani dengan segera, adil dan berperikemanusiaan oleh pihak berkuasa, tanpa prejudis atau diskriminasi.


"BIPPA Selangor menyokong usaha kerajaan negeri menyelesaikan isu ini secara berhemah, telus dan berlandaskan undang-undang melalui mekanisme sedia ada seperti Jawatankuasa Lembaga Ibadat Bukan Islam (LIMAS), dengan pendekatan dialog, rundingan dan keadilan sosial.


"Justeru, semua pihak wajar memberi kerjasama apabila kerajaan melaksanakan penguatkuasaan undang-undang serta mempertimbangkan cadangan penyelesaian yang munasabah bagi menyelesaikan itu tersebut," tambahnya.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page