top of page

Bina semula parti di landasan lebih baik - Siti Aishah



KEADILAN akan mengadapi suasana yang amat mencabar mendepani Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 dalam keadaan sokongan rakyat yang sukar dipastikan.


Bagi calon Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Siti Aishah Shaik Ismail, kegetiran untuk memastikan parti menang dalam PRU 15 menyebabkan beliau ingin menawarkan diri bertanding bagi menyumbang buah fikiran dalam badan pembuat keputusan KEADILAN itu.


Beliau bertekad akan membawa KEADILAN ke landasan yang lebih baik daripada sebelumnya.



"Seribu kesyukuran dipanjatkan kepada Allah swt kerana telah membuka ruang dan peluang yang ada untuk kita bersama-sama memperkukuh dan membina semula parti ini di atas landasan yang lebih baik.


"Kita mendepani masa yang semakin singkat dalam menuju PRU15 yang merupakan medan penting untuk kita semua mempamerkan ketokohan dan kewibawaan kepimpinan kepada rakyat. Parti ini pernah tercalar, namun calar ini mampu dibina semula dengan kerjasama dan kesungguhan kita bersama.


"Atas maksud tekad dan keprihatinan itu, maka saya Siti Aishah Shaik Ismail menawarkan diri, khidmat dan bakti kepada Parti Keadilan Rakyat untuk posisi Ahli Majlis Pimpinan Pusat dalam sesi Pemilihan yang akan berlangsung pada Kongres Nasional nanti," katanya dalam satu kenyataan.


Justeru, mantan Senator Dewan Negara itu berharap akan diberi mandat untuk menjadi ahli MPP bagi mengangkat suara akar umbi, khususnya Wanita KEADILAN untuk diberi fokus yang lebih mantap dalam parti.


"Segala perjalanan dalam politik memberikan saya kematangan dan erti tanggungjawab yang harus saya lunaskan kembali kepada parti ini.


"Prinsip yang dibina atas nama ketelusan ini harus saya terjemahkan kembali kepada akar umbi agar kita boleh bersama mengemudi parti bagi menerbitkan semula rasa keyakinan rakyat dan masyarakat


"Dengan rendah diri, segala kebergantungan kepada Allah swt maka saya mohon dokongan, sokongan dan doa kalian semua atas pencalonan ini," katanya lagi.


Diringi madah "KEADILAN ini rumah kita, KEADILAN ini maruah kita, kita perteguh bersama" Siti Aishah mengharapkan diberi kepercayaan oleh perwakilan diangkat sebagai ahli MPP untuk sesi 2022 - 2025.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page