top of page

Bina rumah ibadat perlu patuhi undang-undang - KEADILAN Hang Tuah Jaya

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 29 minutes ago
  • 1 min read


KEADILAN Cabang Hang Tuah Jaya, Melaka, menegaskan bahawa kebebasan beragama yang dijamin di bawah Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan tidak boleh disalah tafsir sebagai lesen untuk melanggar undang-undang.


Ketua Penerangannya, Ts Yazid Borhan (gambar) berkata, sebarang pembinaan rumah ibadat termasuk kuil wajib mematuhi undang-undang tanah, perancangan bandar serta mendapatkan kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT).


"Pembinaan di atas tanah persendirian tanpa kebenaran dan kelulusan adalah satu pelanggaran yang tidak boleh dipertahankan atas nama agama.


"Tiada siapa kebal daripada undang-undang," kata beliau dalam satu kenyataan.


Menurut Yazid, isu pembinaan rumah ibadat tanpa kelulusan bukan perkara baharu, hal itu telah berlarutan puluhan tahun dan tidak wajar terus dibiarkan sehingga menimbulkan polemik awam.


"Saya menggesa pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan tegas, adil dan berlandaskan hukum.


"Isu ini bukan baharu dan tidak boleh terus dibiarkan. Penguatkuasaan mesti melalui saluran sah, bukan tindakan sendiri atau provokasi perkauman," tegasnya.


Selain itu, beliau turut mendesak pihak berkuasa memantau serta mengambil tindakan terhadap pempengaruh media sosial yang didakwa menghasut dan mengambil kesempatan membakar sentimen perkauman berhubung isu tersebut.


"Negara ini tidak boleh berlengah, ruang digital tidak boleh dijadikan medan kebencian," ujarnya.


Beliau menambah, dalam konteks Malaysia sebagai negara majmuk, setiap isu sensitif perlu ditangani secara berhati-hati dan berlandaskan undang-undang.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page