top of page

Bina loji air Kelantan tidak ikut peraturan: Kelemahan MB tadbir negeri



Skandal pembinaan 3 loji rawatan air (LRA) di Kelantan yang tidak mengikut peraturan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) menunjukkan dengan jelas kelemahan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob memerintah negeri.


Bagi Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Kelantan, Zinda Khalil Sastro Hassan, biar pun MB sebelum ini tidak banyak berkata kata dan berdiam diri namun dengan terbongkarnya dokumen pembinaan LRA yang didakwa tidak mengikut peraturan itu, telah mendedahkan 'belang' sebenar MB dalam meminta kelulusan daripada Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man ketika Pas menjadi kerajaan di Putrajaya beberapa tahun lalu.


"Inilah kelemahan ketara ada pada MB Kelantan dan memberi kesan kepada rakyat.


"Kita tengok hubungan dia (dalam kes LRA), MB Kelantan dan Tuan Ibrahim dan kelemahan dalam agensi yang mereka tadbir di Kelantan. Dalam isu ini kita nampak dengan jelas bahawa MB guna kuasa dia tanpa mengikut peraturan.


"Walaupun SPAN sudah bagi arahan tak diluluskan tetapi MB guna kuasa tanpa ikut Prosedur Operasi Piawai (SOP) dengan melantik secara direct nego projek loji rawatan kepada syarikat Largus Engineering," katanya.

Zinda Khalil Sastro Hassan

Menurut Zinda Khalil lagi, pemimpin Pas pusat, Tuan Ibrahim pada peringkat awalnya mengikut nasihat SPAN tidak memberi kelulusan. Namun apabila diminta oleh MB Kelantan untuk memberi kelulusan kepada syarikat yang telah dilantik Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) kerana kerja kerja telah pun dilaksanakan, Menteri Alam Sekitar dan Air itu seolah olah 'hilang punca' dan memberi arahan agar permohonan AKSB diluluskan.


"SPAN telah menasihati Tuan Ibrahim berhubung hal ini supaya dibuat, kalau nak cepat pun, tender terhad.


"Tetapi dia terus beri. Syarikat itu dia (kerajaan Pas) suruh buat kerja.


"Pada pandangan MB mungkin dia yakin Tuan Ibrahim di sebelah dia (beri kelulusan). Walau CEO SPAN tak setuju. (Namun kerajaan Pas) benarkan syarikat itu buat kerja tanpa kelulusan, dan sudah buat 14% kerja.


"Di sinilah kelemahan ketara (Ahmad) sebagai MB (yang menguasai AKSB di bawah Perbadanan Menteri Besar Kelantan), itu ketara kita nampak," katanya.


Sehubungan itu, Zinda dalam skandal ini mahu rakyat Kelantan menyelidik sendiri apakah kepentingan kerajaan Pas yang berkeras mahu syarikat yang mereka lantik diutamakan.


Katanya, cara pentadbiran sedemikian mengesahkan Pas tidak boleh diberi kepercayaan memerintah Kerajaan Negeri dan pusat kerana mereka akan merundingkan projek secara melanggar peraturan.


"Jadi ini mendedahkan kelemahan ketara pimpinan Kerajaan Negeri dan juga pimpinan Pas pusat (Menteri Persekutuan). Rakyat boleh tengok, mereka ini bukan boleh mentadbir pun.


"Sebab itu selepas 30 tahun mereka mentadbir Kelantan isu air tak dapat diselesaikan sampai ke hari ini dan memberi kesan kepada rakyat sehingga pelabur pun tak datang. Kemudahan air pun tak mampu disediakan Kerajaan Negeri," katanya kesal.


Semalam tular di media sosial pendedahan beberapa dokumen yang mendakwa MB Besar Kelantan meminta kelulusan diberi kepada sesbuah syarikat bagi membina 3 LRA di Kelantan, iaitu LRA Ketereh, LRA Meranti Baru, LRA Taman Teluk Mesira.


Dokumen tersebut mengandungi surat penolakan SPAN untuk memberi kelulusan kepada syarikat yang dilantik oleh AKSB kerana AKSB melakukan penganugerahan projek secara runding terus yang tidak menepati kaedah perolehan kerajaan.


Juga dokumen daripada Exco Kelantan yang tetap mahukan syarikat tersebut diberi kelulusan oleh Kementerian kerana telah memulakan kerja kerja pembinaan sebanyak 14% biar pun tanpa kelulusan SPAN.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page