top of page

Bina loji rawatan air Johor jamin bekalan air negeri - Nik Nazmi



Oleh: Abdullah Zaid


Rizab bekalan air Johor dijangka terus terjamin menerusi kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.


Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Kerajaan Negeri pada ketika ini sedang memperincikan permasalahan dan kemungkinan risiko terutamanya di kawasan kepadatan penduduk tinggi.


"Pelan jangka masa pendek dan panjang sedang dilaksanakan terutamanya bagi kawasan Johor Bharu yang pesat membangun yang sememangnya memerlukan bekalan air mencukupi.


"Antaranya memastikan margin bekalan air berada pada paras positif. Untuk rekod, kapasiti pengeluaran semasa data sejak September ialah 217 juta liter manakala purata pengeluaran ialah 119 juta liter sehari.


"Oleh itu, margin bekalan air di Johor sebanyak 10.86 peratus dan Ranhill (SAJ Sdn. Bhd) telah memberikan komitmen untuk memastikan margin simpanan pada kadar 15 peratus yang ditetapkan Suruhanjaya Perkhimatan Air Negara (SPAN)," katanya menerusi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.


Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Onn Abu Bakar (PH-Batu Pahat) mengenai rancangan jangka panjang kerajaan untuk meningkatkan kapasiti air terawat di Johor.


Mengulas lanjut, Nazmi berkata, rizab bekalan air negeri Johor diunjurkan meningkat menjelang 2026 berikutan projek pembinaan beberapa loji rawatan air (LRA) baharu termasuk loji Sultan Iskandar II fasa satu.


"Ia termasuk loji Rawatan Sultan Iskandar II fasa dua dengan 160 juta liter air sehari yang masing-masing dijangka siap pada suku pertama 2024 dan suku ketiga 2026.


"Selain itu loji Rawatan Air Pakej Semangga 50 juta liter sehari dijangka siap pada 2024 dan bekalan air Johor dijangka mencukupi untuk mengimbangi kepesatan pembangunan," ujarnya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page