top of page

Bina kilang di pantai Pasir Panjang tidak selari Rancangan Fizikal Negara - ADUN Hulu Kinta



Kontroversi pengorekan pasir di Pantai Pasir Panjang, Tanjung Hantu, Segari, Perak semakin rumit selepas syarikat yang menjalankan kerja kerja berkenaan, Maegma Minerals Sdn Bhd menjawab bahawa mereka telah mendapat kebenaran Kerajaan Negeri, manakala kerja tapak itu dilakukan untuk membina sebuah kilang.


Sehubungan itu, Ketua Penerangan KEADILAN Perak, Muhamad Arafat mahu Kerajaan Negeri menyiasat lebih lanjut isu berkenaan kerana pembinaan kilang bercanggah dengan Rancangan Fizikal Negara (RFN) untuk kawasan berkenaan, yang dikategorikan sebagai kawasan Sensitif Alam Sekitar Tahap 1 (KSAS Tahap 1)


"Bagaimana status tanah tersebut ditukar (syarat) kepada perindustrian sedangkan ia dikategorikan sebagai kawasan KSAS Tahap 1?


"Bagaimana pula syarikat itu mengumumkan untuk membangunkan sebuah kilang keluli bersepadu tetapi dalam RFN menyatakan dengan jelas (tanah KSAS Tahap 1) tidak boleh dibangunkan untuk sebarang kegiatan dan penukaran guna tanah kecuali eko pelancongan yang berimpak rendah, pendidikan dan penyelidikan," katanya.


Penduduk sekitar menunjuk perasaan baru baru ini berikutan projek mengorek pasir didakwa mencemar pantai

Mengenai alasan kerja kerja pengorekkan pasir tidak akan menjejaskan alam sekitar, Arafat berkata kerja-kerja seumpama itu boleh mengubah struktur fizikal pantai dan berkemungkinan menyebabkan pencemaran.


"Kerja-kerja penggantian dan pengeluaran pasir yang dijalankan secara dalaman oleh syarikat di kawasan tersebut sudah tentu mengganggu pendaratan penyu dan akan berlaku perubahan struktur fizikal kawasan pantai, menyebabkan tidak sesuai lagi untuk penyu mendarat serta bertelur di kawasan tersebut.


"Oleh itu, saya menggesa kerajaan siasat untuk mengetahui apakah berlaku kesilapan dalam mengeluarkan kelulusan yang tidak selari dengan RFN dan perlu segera menetapkan syarat pembangunan yang jelas, iaitu hanya untuk pelancongan eko yang berimpak rendah, pendidikan dan penyelidikan sahaja," katanya lagi


Pantai Pasir Panjang Sensitif Alam Sekitar Tahap 1

ADUN Hulu Kinta itu berharap Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri selari dalam membuat ketetapan dan memberi kelulusan yang melibatkan alam sekitar bagi mengelak masalah seperti itu berulang. Beliau juga menggesa Menteri Besar mengutamakan kepentingan alam sekitar demi masa depan Perak.


Terdahulu ini, sekumpulan penduduk tempatan menunjuk perasaan di tapak kerja kerja pengeluaran pasir tersebut kerana mendakwa projek tersebut mencemarkan alam sekitar, memusnahkan kawasan penyu bertelur dan mengurangkan hasil tangkapan nelayan pantai.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page