top of page

Bina politik matang, kekalkan kestabilan, teruskan reformasi

Writer: Akmal Manaf
Akmal Manaf
Aug 18
2 min read

Malaysia memerlukan kesepakatan baharu dalam kalangan kepimpinan negara untuk menolak politik ketakutan dan kebencian, sekali gus memastikan kestabilan, reformasi dan keharmonian masyarakat terus dipertahankan bersama.


Presiden Majlis Perunding Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar) berkata, dalam keadaan politik yang mudah berubah dan hubungan masyarakat yang semakin dipengaruhi media sosial, semua pemimpin perlu menahan diri daripada mengeluarkan kenyataan yang boleh meningkatkan ketegangan.


Katanya, setiap isu sensitif perlu diurus melalui fakta, undang-undang, dialog dan rundingan yang bertanggungjawab.


"Pemimpin kerajaan mesti memerintah dengan adil. Pemimpin pembangkang mesti mengkritik secara beretika. Tokoh agama mesti membimbing dengan ilmu. Media mesti melaporkan dengan amanah. Masyarakat pula perlu menolak berita palsu, fitnah dan hasutan.


"Kebijaksanaan negara pada masa ini ialah kemampuan mengekalkan kestabilan sambil meneruskan reformasi, mempertahankan prinsip sambil membuka ruang dialog serta menjaga hak majoriti tanpa menafikan hak minoriti," katanya dalam kenyataan.


Beliau atau lebih dikenali sebagai Cikgu Azmi turut menegaskan negara tidak boleh dipimpin melalui ketakutan dan mesti dipandu oleh keyakinan, keadilan dan kesedaran bahawa keruntuhan hubungan antara masyarakat akan merugikan semua pihak.


Katanya, tiada kaum yang akan benar-benar menang jika negara menjadi lemah dan tiada parti yang boleh menikmati kuasa secara bermakna jika rakyat hidup dalam perpecahan dan ekonomi berada dalam ketidaktentuan.


"Kestabilan negara bukan hadiah yang akan kekal dengan sendirinya. Ia perlu dipelihara melalui dasar yang adil, kepimpinan berintegriti, institusi yang kukuh dan kesediaan rakyat hidup dalam perbezaan.


"Hikmah mengajar kita memilih tindakan yang membawa maslahat paling besar dan mencegah kerosakan. Kebijaksanaan pula menuntut kita melihat kesan jangka panjang, bukan terperangkap dalam keuntungan politik sementara.


"Malaysia telah melalui pelbagai krisis politik, ekonomi dan sosial. Pengalaman tersebut seharusnya menjadikan kita lebih matang. Negara ini terlalu berharga untuk diserahkan kepada politik kebencian, kerakusan kuasa dan pertarungan yang tidak berkesudahan," ujarnya lagi.


Justeru, Azmi menyimpulkan bahawa sudah tiba masanya semua pihak membina satu kesepakatan kebangsaan, dengan menyedari bahawa perbezaan parti, pandangan dan pendekatan tidak seharusnya menghalang usaha mempertahankan keamanan, keadilan, kedaulatan serta masa depan Malaysia secara bersama.

1 Comment


RachelLeonard
Sep 27

Reading https://1dollardeposit.com before this post, I was reminded that small, informed choices can prevent big losses — the same logic applies to Malaysia's call for a national consensus. The emphasis on ethical criticism from the opposition and responsible reporting from the media is a practical checklist I'd love to see more leaders adopt.

Like

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page