top of page

Billboard KEADILAN dirosakkan di DUN Bukit Batu



Pusingan akhir kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menyaksikan sebuah billboard KEADILAN dirosakkan di DUN Bukit Batu, semalam.


Menurut calon KEADILAN DUN Bukit Batu, Arthur Chiong Sen Sern, tindakan tidak bertanggungjawab itu telah mencemarkan suasana kempen yang tenang dan matang dalam PRN di DUN tersebut.


Namun, katanya, penyokong KEADILAN harus bertenang dan tidak perlu melakukan provokasi balas terhadap tindakan terdesak berkenaan.


"Saya menggesa rakan-rakan anggota KEADILAN di Johor amnya dan Bukit Batu khususnya supaya tidak membalas tindakan ini dengan sesuatu yang boleh mencemar nama baik parti.


"Kita salurkan kemarahan kita dengan cara menyemarakkan semangat semasa berkempen menjelang hari-hari terakhir sebelum pengundian," katanya.


Nasihat Arthur, pihak yang berlawan dalam PRN kali ini perlu kekal bertarung di medan hujah dan dasar, tidak perlu menggunakan taktik yang akan menambah kemarahan rakyat terhadap politik dan pemainnya.


"Kepada pihak yang melakukan provokasi ini, marilah kita bersaing secara sihat dan biarkan proses demokrasi berjalan dengan aman.


"Rakyat Johor adalah rakyat yang sangat matang. Mereka boleh menilai yang mana kaca, yang mana permata," katanya lagi.



Merosakkan bahan kempen calon adalah tindakan terdesak pihak yang mungkin kalah dalam PRN

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page