top of page

Bilangan renjer bakal ditambah lindungi hutan simpan



Bilangan renjer komuniti bakal ditambah bagi memastikan tiada ancaman terhadap hutan dan hidupan liar, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad.


Menurut Nik Nazmi, usaha itu juga bagi meningkatkan penguatkuasaan kawasan hutan simpan kekal termasuk di Sabah dan Sarawak daripada terus diceroboh.


Setakat ini jelasnya, kerajaan telah menambah sebanyak 1,500 renjer dan sebahagian besar terdiri daripada masyarakat Orang Asli dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Kita tahu tekanan kepada hutan dan haiwan kita adalah sangat tinggi. (Sejak akhir-akhir ini) semakin banyak konflik (pencerobohan hutan) yang berlaku.


"Jadi dalam usaha kita menghentikan perkara tersebut, kita perlu menambah bilangan renjer," katanya dipetik.


Nik Nazmi berkata begitu selepas merasmikan Persidangan Serantau: Kesalihubungan Hutan dan Pemuliharaan Biodiversiti di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC), Setia Alam pada Selasa.


Nik Nazmi sementara itu berkata, lebih 600 masyarakat Orang Asli telah dipilih menjadi renjer komuniti dan beliau menjangkakan jumlah itu akan terus meningkat.


"Selain itu, penglibatan veteran tentera dan polis sangat bersesuaian kerana mereka mempunyai kepakaran serta pengalaman luas ketika berada di hutan," tambahnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page