top of page

Bilakah sebenarnya kapal LCS akan siap?



Percanggahan tarikh menyiapkan kapal tempur pesisir (LCS) pertama yang berlaku sejak 2016 hingga 2022 menjadi misteri kepada rakyat Malaysia.


Bagi Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Fahmi Fadzil, banyak tarikh yang meragukan sebelum ini telah diumumkan oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Hussein namun satu pun tidak menjadi kenyataan.


Terbaharu, tarikhnya dianjak pula ke 2026 yang menimbulkan tanda tanya lebih besar.


Dalam catatannya di Facebook, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu membuat kronologi perbandingan pada 8 Mac 2016 Hishamuddin pernah berkata bahawa projek LCS berjalan mengikut jadual; pada 24 Ogos 2017 pula beliau mengucapkan ‘selamat datang’ kepada kapal pertama LCS; 8 Ogos 2022 selepas pendedahan skandal oleh Jawatankuasa Kira kira Wang Negara, Hishamuddin berkata kapal pertama akan siap “setahun dua” lagi (2023 atau 2024) manakala berita terbaharu menyebut Panglima Angkatan Tentera pula berkata kapal LCS hanya akan diterima pada 2026.


"RM6 bilion dah habis, jangan kata satu kapal pun tak siap. Tarikh siap kapal pun tak siap," sinis Fahmi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page