Malaysia seharusnya telah memulakan program penyelidikan untuk mengeluarkan vaksin Covid 19 sendiri memandangkan virus tersebut boleh bermutasi dan penyakit koronavirus tersebut akan berterusan biar pun imuniti berkelompok telah berjaya dicapai.
Bagi ADUN Senggarang, Johor, Khairuddin A Rahim, penghasilan vaksin dalam negara adalah penting memandangkan Malaysia mempunyai sebilangan saintis perubatan dan sumber alam semula jadi yang boleh diteroka bagi penciptaan ubat.
Katanya, jika kelab-kelab bola sepak boleh mengeluarkan biaya jutaan ringgit membeli pemain import maka tidak ada masalah bagi kerajaan untuk membawa masuk saintis luar dan menjalankan kerjasama membina vaksin bersama saintis tempatan.
"Kerajaan wajar bersedia mengeluarkan belanja untuk membawa masuk saintis-saintis dan pakar-pakar penyelidik luar untuk berkerja di pusat-pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dalam berbagai bidang di negara ini termasuk Pusat R&D yang menghasilkan vaksin. Kemasukan saintis-saintis dan pakar-pakar luar juga akan membantu saintis dan penyelidik tempatan belajar serta mendapatkan ilmu, teknologi dan kepakaran daripada mereka.
"Hal ini kerana permintaan ke atas vaksin-vaksin tempatan semakin meningkat dalam kalangan masyarakat muslim di negara ini. Mereka sudah tidak sanggup lagi menerima ubat yang tidak mempunyai status halal yang jelas. Perasaan tersebut juga dirasai oleh ramai muslim di seluruh dunia.
"Cadangan pembinaan Pusat R&D vaksin di negara ini dengan melibatkan dunia Islam bakal menjadi pencetus kesedaran kepada seluruh masayarat muslim untuk beralih kepada vaksin dan ubatan halal. Usaha ini juga boleh menjadikan Malaysia dikenali sebagai pencetus idea pengunaan vaksin dan ubatan halal sebagaimana Malaysia berjaya mengenengahkan logo halal bagi status halal produk-produk yang ada di pasaran," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Khairuddin lagi, sebelum ini Malaysia telah melakukan penyelidikan ke atas virus Nipah yang menyerang industri penternakan khinzir dan seterusnya manusia.
Justeru, beliau menggesa kerajaan Perikatan Nasional mengorak langkah ke hadapan dan mengambil inspirasi dari perjuangan Hamas di Palestin yang mampu membina roket sendiri menembus sistem pertahanan Iron Dome Israel, dalam isu menghasilkan vaksin Covid 19 sendiri.
"Persolannya kini, adakah Kerajaan PN mempunyai keberanian membuat dasar melaksanakan cadangan berkenaan.
"Kita berharap, siapa pun kerajaan yang memerintah negara ini di masa akan datang wajar memberi perhatian ke atas cadangan pembinaan pusat R&D vaksin yang berwibawa dalam menghasilkan vaksin dan ubatan halal untuk masyarakat muslim sedunia," katanya lagi.
Cari UBAT pulihkan dari jangkitan C-19!
The SaNOtize treatment is designed to kill the virus in the upper airways, preventing it from incubating and spreading to the lungs. It is based on nitric oxide (NO), a natural nanomolecule produced by the human body with proven anti-microbial properties shown to have a direct effect on SARS-CoV-2, the virus that causes COVID-19. [https://www.businesswire.com/news/home/20210315005197/en/UK-Clinical-Trial-Confirms-SaNOtize%E2%80%99s-Breakthrough-Treatment-for-COVID-19 ]
Ivermectin - trials on 500 C-19 cases by MOH started two weeks ago. https://www.drugs.com/medical-answers/ivermectin-treat-covid-19-coronavirus-3535912/
air halia panas + serai + madu ..... atau air teh + habbatusauda + cengkih + madu + peppermint tea ..... --- jgn kena a/cond ....elak mknn minuman sejuk ..... --- rajin2 berjemur + vit c.....