top of page

Bila wakil rakyat disuntik vaksin, tidak perlu lagi Parlimen digantung - Nik Nazmi



Pemberian vaksin Covid 19 kepada Ahli-ahli Parlimen pada akhir bulan Februari sebagaimana pengumuman Perdana Menteri Muhyiddin Yassin semalam memungkinkan pergantungan sidang Parlimen ditarik balik lebih awal.


Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, banyak pihak berpendapat sedemikian memandangkan alasan utama kerajaan Perikatan Nasional menggantung Parlimen adalah bagi mengelakkan jangkitan Covid 19.


Sedangkan perintah darurat, katanya tidak pernah menghalang Parlimen daripada bersidang dalam sejarah negara.


"Sebagai Ahli Parlimen, saya menyambut baik pengumuman ini. Secara peribadi, saya lebih cenderung kepada pandangan mengutamakan barisan hadapan seperti pekerja kesihatan, pegawai polis dan guru menerima vaksin terlebih dahulu.


"Namun, saya juga memahami bahawa kami mempunyai tanggungjawab untuk memberi keyakinan kepada masyarakat supaya mereka tidak ragu untuk menerima vaksin kelak.


"Dengan memberi vaksin kepada Ahli-ahli Parlimen, kerajaan tidak ada alasan lagi untuk meneruskan Darurat dan pengantungan Parlimen. Lagipun hampir semua sektor ekonomi telah dibuka," katanya.


Menurut Ketua Setiausaha Pengelola KEADILAN itu lagi, tidak wajar Parlimen digantung sehingga berakhirnya tempoh darurat pada Ogos ini kerana rakyat melantik Ahli Parlimen untuk memastikan dasar-dasar kerajaan diperdebatkan, bukan menjadi pengkritik di media masa atau media sosial.


"Kami sepatutnya dapat mengadakan perjumpaan (persidangan) untuk membincangkan hal-hal rakyat dengan mematuhi SOP yang ketat seperti yang pernah dilakukan sebelum ini.


"Tugas yang paling penting sebagai wakil rakyat adalah mewakili kawasan Parlimen dengan mengemukakan isu-isu yang mereka hadapi dan memastikan dasar-dasar kerajaan diperdebatkan," katanya lagi.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page